Saturday, 31 March 2012

Welcome to the world, baby!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 11.34 pagi hari Jumaat 23 Mac 2012 setelah menunggu 11 hari dari expected due date


Anakanda ini diberi nama Nur Arysha Khadeeja. Semoga anakandaku ini menjadi anak yang solehah, sentiasa mengingati Mama dan Ayah, mempunyai budi pekerti yang mulia dan berjaya di dunia dan di akhirat. Nama Khadeeja dipilih sempena mengingati nama isteri Rasulullah S.A.W, semoga anakanda mempunyai budi pekerti sepertinya, insya Allah.



Kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang dikenali yang sudi mengingati , mendoakan, melawat dan ucapan selamat melalui sms, whatsapps, facebook dan emel. Semoga Allah memberkati anda semua, Amin.

p/s Sekarang, masa untuk Mama menguruskan badan dan menumpu sepenuhnya kepada MomnBaby House ;-)


Thursday, 8 March 2012

Checklist ke Hospital

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Mommies Semua,

**Post ini ditulis lebih awal sedikit dari tarikh di publish** ngeeee
Pejam celik pejam celik, dah tiba masanya untuk saya melahirkan bayi saya ini :-)
Saya dijangka bersalin 12 March 2012, bermakna kurang dari 6 hari lagi.. Rasa dup dap ini sudah terasa semenjak minggu ke 36... Bertambah dup dap apabila melihat rakan-rakan yang seangkatan due date dah bersalin... Tapi perasaan ini tenang kembali apabila mengingatkan yang Cik Puteri saya dulupun overdued...

Ya, saya masih bekerja... bila berjumpa rakan-rakan, ramai yang bertanya bila nak mula cuti... kalau semasa Cik Puteri, saya masih bekerja sehingga ke hari dijangka bersalin.. yang kedua nipun nak buat yang sama... tapi memandangkan kali ini saya memandu sendiri ke tempat kerja dan keadaan badan yang letihnya lain macam.. saya ambil keputusan untuk bercuti 2 hari lebih awal. Harap-harapnya dapat berehat sepenuhnya, tapi tak larat la pulakkan asyik berehat aje.. bukan apa bila duduk di rumah, macam tertunggu-tunggu pula bila nak keluar hehe ;-) 

Oklah di sini saya senaraikan barang-barang keperluan untuk ke hospital. Kita boleh mula membuat packing barang-barang ini seawal kandungan berumur 32 minggu lagi. Kali ini, saya packed barang pada minggu ke 36. Sesetengah orang siap2 letak dalam kereta supaya memudahkan sekiranya terjadi apa-apa.

Keperluan mama
  • Buku check-up dari klinik/hospital dan lain-lain (seperti rekod kelahiran anak terdahulu)
  • Kain batik - 2 helai
  • Baju untuk pakai semasa keluar hospital - Sehelai
  • Toiletries - Ubat gigi, Berus gigi, Mini shampoo, Mini soap/shower gel, Pencuci muka dan yang seangkatan(Pelembap, Penyegar), Sikat, Maternity pad
  • Tuala
  • Poncho untuk menyusu
  • Baju sejuk/ Sweater
  • Stokin
  • Surah Yasin/ Buku untuk membaca (biasakan ada buku amalan ibu mengandung tu kan)
  • Minyak

    Saya bawa hanya sehelai sahaja baju yang elok untuk keluar hospital, sebab bila dah kena masuk wad, semua hospital akan berikan baju dan kain uniform hospital, tak perlu beratkan beg :-D

Jangan lupa standby set pam anda sekiranya anda kena di tahan lebih lama di hospital. 
Keperluan baby

  • Baju dan seluar untuk pakaian siang - 2 helai
  • Baju dan seluar untuk pakaian malam - 2 helai
  • Baju keluar hospital (yang cantik sikit) - 1 set dengan mitten, booties dan topi
  • Selimut/ Bedung - 1 helai
  • Barut - 4 helai
  • Pampers/ Cloth Diapers - 6 keping
  • Mitten and booties - 3 pasang
  • Sapu tangan - 2 helai
  • Tuala dan toiletries - Baby bath, Baby Shampoo, Minyak Bayi, Bedak, wet wipes/ kapas
  • Untuk yang beragama Islam pula, jangan lupa barang-barang bertahnik - Madu/Air Zam-zam/Kurma

Asingkan beg mama dan beg baby sebab nanti nurse akan ambil beg baby semasa kita di wad bersalin. Senarai ini juga adalah panduan untuk bayi akan berada di hospital sekitar 3 hari 2 malam. Sekiranya bayi ditahan kerana jaundis atau sebarang penyakit lain, kenalah tambah lagi lain-lain keperluan lagi ya.

Ini pula barang-barang baby saya :-)
Ok, dikesempatan ini juga, saya ingin memohon maaf kepada anda semua sekiranya ada yang saya terlepas pandang, tertulis bukan-bukan atau apa-apa saja perlakuan yang kurang menyenangkan dimata anda yea..
Doakan saya dan baby selamat yea!

Happy breastfeeding!

p/s    Mama dah tak sabar nak menyusukan baby yang kedua ini :-)