Friday, 15 April 2011

Tofu Tuah Mama Fiza

Nurseri anakanda tidak menyediakan makanan bagi anak-anak di bawah umur 2 tahun. Jadi, semenjak umur anakanda berumur 6 bulan, setiap pagi saya akan menyediakan makanan untuknya. Selalunya, main dish iaitu bubur saya akan masak untuk seminggu dan simpan di dalam peti ais. Tapi semenjak anakanda berumur 1 tahun 3 bulan, saya perlu mempelbagaikan makanan untuknya sebab anakanda sudah banyak tumbuh gigi :-).


Pagi ini, saya kehilangan idea hendak masak apa.. Sedang termenung, barulah nampak buku resepi Hidangan Si Cilik oleh MamaFiza. Belek-belek punya belek, saya memilih untuk memasak Tofu Tuah.

Yang paling penting, resepinya amat mudah dan sedap.

Kita tengok gambar-gambar yang sempat dirakam:-


Bahan-bahan yang digunakan. Saya tukarkan jenis sayur memandangkan saderi tiada dalam simpanan. Kentang dan zuchini bagi menggantikan saderi.


Ini pula rupa tofu yang telah digoreng


Taraaaa.. ini hasilnya..

Sayapun cubalah sedikit.. memang sedap! Saya rasa, tofu tuah ini juga boleh digunakan bagi inti Popiah Goreng..Gerenti sedap :-)

Untuk mencuba, anda bolehlah membeli buku Hidangan SI Cilik, MamaFiza keluaran PTS Publication ini di kedai buku MPH dengan harga hanyalah RM14.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM16.90 (Sabah& Sarawak)

Selain Tofu Tuah ini, saya juga bekalkan anakanda

Nasi


Buah Kiwi

Dan....


Mini Pancake


Semoga anakandaku dapat makan dengan kenyang :-)

0 comments:

Post a Comment