Saturday, 23 July 2011

Susu Ibu: Lagi tips penyusuan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bila bersembang-sembang kosong dengan kawan-kawan, ada yang tanya soalan seperti, "Ada susu lagi?" atau "Eh, banyaknya susu hari ni" atau "Aku tak dapatpun susu banyak macam kau punya" dan pelbagai lagi.

Sekiranya anda tidak segan bertanya, saya juga tidak keberatan untuk berkongsi pengalaman saya. Insya Allah saya akan membantu selagi terdaya, 1% daripada saya manakala selebihnya adalah daripada anda sendiri.

Ok, kali ini saya senaraikan lagi tips penyusuan untuk anda :)

Sebelum bersalin
1) Sentiasa tanamkan azam/hasrat untuk menyusukan anak-anak anda.
2) Selalu bercakap-cakap dengan kandungan anda seperti "Sayang, nanti latch-on elok-elok ye" atau "Mama tau Sayang akan pandai minum susu Mama"
3) Semak jadual kelas asas penyusuan dengan kaunselor penyusuan yang berdekatan dengan anda. Saya cadangkan anda dan pasangan ke kelas ini semasa kandungan berusia 6-7 bulan ke atas. Semasa waktu ini, anda dan pasangan akan bersemangat, ilmu akan diingat semasa proses bersalin nanti.
4) Periksa hospital yang mempunyai 'Baby friendly" untuk tempat kelahiran anak anda dan beritahu doktor dan jururawat yang anda dan pasangan telah membuat keputusan untuk memberi penyusuan penuh kepada bayi anda.
5) Makan dan minum yang berkhasiat
6) Pilih dan dapatkan pam penyusuan yang terbaik, masih di dalam bajet anda. Masa terbaik untuk membeli pam penyusuan anda ialah sebulan/ 2 minggu sebelum kelahiran. Pelajarilah cara-cara pengepaman dengan teliti.
7) Jangan sekali-kali membawa masuk ke rumah susu formula sebagai standby tidak cukup susu. Susu anda sentiasa cukup, cuma anda perlu mengeluarkannya dengan lebih kerap.

Selepas bersalin
1) Mulakan sesi penyusuan bayi anda sebaik sahaja melahirkan atau di dalam sejam pertama selepas kelahiran. Manakala bagi sesi pengepaman bagi penyimpanan stok, anda  mulakan selepas 14 hari kelahiran, semasa ini susu sudah matang, emosi anda juga sudah stabil, jadual berpantang telah teratur
2) Berikan penyusuan secara terus apabila bayi bersama anda
3) Pam setiap 3 jam sekali, 20 minit bagi setiap payudara bagi satu sesi pengepaman.
4) Teruskan pengepaman selama 20 minit walaupun anda hanya pam angin.
5) Tetapkan waktu yang sama bagi setiap sesi pengepaman.
Berhenti pam jika bayi anda meminta susu, dan teruskan pengepaman sekiranya masa bagi pengepaman awal dan penyusuan bayi kurang dari 20 minit.
5) Sekiranya susu untuk bayi anda sedikit merosot, kerapkan sesi pengepaman.
6) Jangan sesekali membandingkan kuantiti susu anda dengan orang lain semata-mata perbezaan pam/ cara pam. Sebaliknya, lihat bagaimana untuk menghasilkan susu yang banyak.
7) Makan dan minumlah makanan/ minuman yang berkhasiat.
8) Sekiranya susu anda merosot, jangan panik dan stress. Berikan lebih masa kepada diri anda dan bayi. Tingkatkan sesi pengepaman dan penyusuan secara terus.
9) Semak pam anda, sekiranya sudah sampai masa untuk diservis atau ditukar ganti.
10) Sekiranya kuantiti anda sedikit pada hari itu, anggaplah rezeki anak anda pada hari itu hanyalah sebanyak itu, Insya Allah anak anda kekenyangan dan cukup dengan kuantiti susu itu.
11) Rajin mendengar, membaca menegenai penyusuan dan praktikkan mana-mana yang baik
12) Berikan sedikit ruang masa sekurang-kurangnya sebulan untuk menambah susu sekiranya baru membeli aksesori penyusuan atau supplement/makanan tambahan.
14) Jangan beli dan simpan stok susu formula di rumah, nurseri atau di mana-mana sahaja (dengan alasan nanti takut tak cukup susu). Tanam di hati anda susu sentiasa ada.
13) Jangan sekali-kali giveup dengan susu formula, leteran orang-orang tua, sindiran rakan-rakan
Option: Ambillah supplements (untuk elakkan stress, badan bertenaga- bila badan sihat, otomatik susu juga banyak)

Dan yang paling penting sekali, berdoa dan bertawakkal kepada Allah.

Semua yang baik, datangnya dari Allah. Saya sentiasa doakan semua ibu-ibu yang menyusukan anak diberi rezeki yang luas hanya untuk anak-anak anda.

0 comments:

Post a Comment