Dah lama kami tak menulis... atau lebih sampai maksudnya menaip di blog ini.
Bukan bermakna kami merajuk.. tidak! Bukan juga kerana tak sudi... Kami amat rinnnnnnndu dengan anda semua tau..
Kekangan masa dan kekangan fizikal membuatkan lama kami menyepi.. walau bagaimanapun perniagaan masih berjalan seperti biasa. Terima kasih kepada pelanggan kami yang setia menunggu akan tibanya stok terutama stok modu dan storage bottles.. Semua barang yang dipesan akan kami hantar pada minggu ini dan minggu hadapan. Maaf, ianya di luar kawalan kami!
Perkembangan terbaru saya, Alhamdulillah cik puteri akan mendapat seorang adik untuk menemaninya bermain.. Insya Allah, saya akan melahirkan bayi ini (jantina masih tidak diketahui) pada bulan Mac :-) Setiap kandungan pastinya dengan pengalaman yang berbeza.. Begitu juga kandungan kali ini, yang pada awal2 kandungan memerlukan saya berehat yang lama... Dan kini, saya kembali :-)
Mama Watie pula sedang menguruskan perpindahannya ke Melaka... Pengorbanan seorang permaisuri berjauhan dengan sang raja buat sementara waktu demi kerjaya.
Cita-cita kami setinggi langit, mahu berjaya di bidang kerjaya, perniagaan mahupun keluarga.. Justeru setiap pengorbanan ini adalah untuk kejayaan masa hadapan... Insya Allah.
Terima kasih kepada yang sudi menanya khabar, ke mana menghilangnya kami... :-) Ingatan yang amat mengharukan kami...
Salam Sayang,
Wednesday, 16 November 2011
Stok Modu
Alhamdullilah...
Stok Modu sudah sampai...
Kepada pelanggan-pelanggan kami, kami akan membuat penghantaran dengan kadar segera...tunggu yer.
Kami minta maaf..maaf dan maaf sekali lagi.. di atas kelewatan memandangkan kehabisan stok dari supplier kami..
Terima kasih di atas sokongan yang berterusan dari anda semua..
Subscribe to:
Posts (Atom)