Wednesday, 22 June 2011

Alhamdulillah, semuanya selamat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hampir 2 minggu saya saya tak menaip... sibuk di rumah melayan cik puteri yang tidak sihat... rasa gatal aje tangan ni bila tak menaip hehehe....
Cik puteri saya mendapat chicken pox. Penyakit berjangkit yang tak tau dari mana bjangkitnya :-) . Kalau ikut nurseri, anak-anak disana kebanyakan dah kena bulan April lepas dan cik puteri mula naik biji-biji air ketika saya di Kedah. Wallahualam.

Saya tidak pernah kena chicken pox ni, jadi saya tak tau bagaimana sakitnya, rupa awalnya. Cik puteri juga tidak menunjukkan tanda2 awal seperti demam. Cuma pagi Sabtu itu, ada sebiji di badan, saya sangka terkena minyak, 2 hari lepas tu baru biji-biji berair mula tumbuh dan demam, lebih banyak lagi bila minum air kelapa. (Abah berikan minum air kelapa apabila sang puteri mula demam). Tiba di Kuala Lumpur, kami berjumpa doktor dan doktor sahkan Chicken pox. Risau, sedih semua bercampur baur. Doktor menasihatkan untuk melihat keadaan cik puteri dan keadaan saya, memandangkan saya tak pernah kena.

Biji-biji air yang terawal


Sementara hendak dapatkan daun semambu, saya rendamkan cik puteri dengan Basic-H by Shaklee setiap kali mandi tanpa bilas, hanya biarkan kering sahaja sebelum mengenakan cloth diapers (good news - cik puteri telah mula fully CD semasa kena chicken pox). Di samping itu, pemakaian calamine lotion dan makan ubat demam, ubat kurangkan gatal, start makan vitalea for kids dan chewable vitamin c. Hari ke 5 baru dapat daun semambu, mandikan dengan bedak sejuk <- saya hanya buat untuk 11/2 hari aje :-P . Orang kata letak daun semambu di atas tempat tidur, untuk mengelakkan gatal; itupun saya buat. Kaedah tradisional dan moden semua saya buat untuk menghilangkan cepat-cepat sakitnya tu. Hari ke 7, suami terserempak dengan doktor semasa ambil calamine lotion, jadi doktor tukarkan ke sejenis krim sapu pula. Yang paling penting sekali, saya teruskan penyusuan susu ibu dan memberinya setiap kali cik puteri mahukan, supaya antibodi nya dapat melawan virus chicken pox ini.... 

Antu Kak Limah balik kampung ekekekk

Alhamdulillah, sepanjang sakitnya tu Damia masih aktif (orang tengok mesti tak percaya dia kena chicken pox kecuali tengok bintik-bintik air tu, tak banyak meragam, tak gatal-gatal, masih berselera makan dan masih beribu kali memanggil Mama dan Ayah setiap hari; hanya sekali sekala minta urutkan sendi, urutkan kepala, dan alirkan sendiri Basic H ke badannya setiap kali mandi dan minta sapukan ubat lepas mandi,  :) Mama aje gundah gulana bila melihat beratus biji berair tu... hehe..

Hari ini hanya tinggal kurang 10 biji lagi kulit-kulit yang kering untuk tertanggal :-) . Saya juga sudah mulakan sapuan Vitamin E by Shaklee dengan memecahkannya dan sapu di parut-parut yang ada. Baru 2 kali pakai, dah nampak kesan, kesan parut sudah berwarna pink, parut-parut yang kecil sudah berkurangan dan ada yg tiada. Nanti saya akan letakkan gambar selepas Damia kena chicken pox ni yek :-)

Semasa sang puteri terkena chicken pox ini, mama kelam kabut belikan Basic H dan Vitamin E. Sebelum ni memang ada plan nak beli tapi asyik tertangguh, bila dah kena barulah kelam kabut, menyesal juga - jangan tiru ya.

Hari Jumaat lepas juga, saya dikejutkan dengan sms mengatakan Abah saya perlu immediate operate kerana Hernia. Mujur pembedahan ditangguh ke hari Sabtu. Alhamdulillah semuanya selamat dan abah discharged semalam. Rezeki Abah, stok ada dirumah. Saya tiada berjuta-juta RM, hanya saya boleh bekalkan setin Energizing Soy Protein dan Zinc untuk 30 hari untuk Abah tersayang.

Info tambahan:-
1) Sekiranya orang dewasa terkena  chicken pox ini lebih serius kepada orang dewasa berbanding kanak-kanak kerana kanak-kanak baru mendapat vaksin.
2) Perbanyakkan minum air, air kelapa dan soft diet seperti bubur, sup, makanan yang tidak pedas. Dikhuatiri terdapat luka di dalam usus juga. (Mama <- hard to diet hehehe..)
3) JANGAN panik. Teruskan dengan pengambilan Basic-H dan Vitamin E by Shaklee dan ubat-ubatan yang disaran doktor.
4) Hernia adalah antara penyakit yang lelaki perlu berjaga-jaga. Sama seperti perempuan, kita khuatir dengan pangkal rahim dan payudara, begitu juga lelaki.
5) Mama teruskan pengambilan Vitalea, B Complex, Vitamin C Alfalfa dan ESP untuk kekalkan tenaga sepanjang menjaga sang puteri.
6) Teruskan penyusuan susu ibu secara terus kepada anak.
7) Jangan lupa berdoa kepada Allah, meminta yang terbaik untuk keluarga kita

Terima kasih kepada Doktor-doktor, keluarga dan Shaklee, Alhamdulillah, semuanya selamat :-) 


0 comments:

Post a Comment