Thursday, 22 December 2011

Nur Arysha Damia dah 2 tahun!

Puteri kesayangan saya kini sudah berusia 2 tahun! Entri ini khas untuknya kerana dulu-dulu Mama takde blog, cuma selalu update di Facebook Mama bahagian gambar.

Nur Arysha Damia nama yang diberikan.. Nur diberikan untuk memberinya cahaya dan sama nama dengan Mamanya, Arysha diberikan oleh Ayahnya iaitu gabungan nama kami berdua Nazry + Sham (saya baru dapat tahu Arysha ada maksudnya iaitu the highness) dan Damia yang membawa maksud bijaksana/ keberkatan adalah nama yang menjadi idaman saya untuk diberikan kepada anak saya semenjak muda-muda dulu hihihhi.

Nur Arysha Damia sebaik sahaja bersalin, fresh from the oven hehehe

Dilahirkan di PPUKM pada 6 November 2011, jam 1.10 pagi, 3.91 kg secara Caesarian kerana 10 hari overdue, besar dan tidak mahu turun walaupun diinduced 2 kali, jalan buka hanya 4 cm. Tercapai hajat ayahnnya untuk dapatkan anak pada hari Jumaat. Soalan pertama saya kepada doktor 'Baby saya dah keluar ke?' sebab saya tak dengar dia menangis cuma dengar batuk-batuk seorang bayi. Dan perkataan pertama apabila saya lihatnya ialah 'Assalamualaikum', yang mana Damia terus tersenyum memandang tepat kepada saya, disaksikan oleh doktor-doktor dan jururawat di OT yang kegembiraan melihat reaksinya.

Pertama kali menyusu

Satu kesilapan besar saya, kerana terlalu letih, tidak bersedia secara mental untuk lahir secara C-sar dan overdue, mengalami pernafasan yang sukar sebaik habis operate, kesejukan dan lain- lain.. Damia hanya diberikan susu pertama pada 4.40 petang! Mujur dia menerimanya dengan baik sekali. Kalau boleh saya tidak mahu ulang yang sama untuk adik-adiknya. Selepas itu dia tidak pernah menerima makanan lain lagi untuk 6 bulan pertama.


Sempat bersama dengan Opahnya selama 39 hari, Opahnya meninggal pada usia Damia baru 41 hari (tiada gambar kenangan) dan sempat menghiburkan hati Wan nya selama 11 bulan sebelum Wannya menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Gambar ini diambil 2 hari sebelum saya berpisah buat pertama kali dengannya. Pelbagai perasaan ketika bertugas di luar negara  rindukannya dan risau apabila ayahnya SMS mengatakan dia terjatuh dari katil sewaktu ayahnya sedang siapkannya dan sedang ambil EBM di dapur serta sedih apabila missed moment dia pertama kali meniarap dengan sendiri.

Anak yang baik, tidak banyak kerenah, hanya sekali sahaja menangis ketika injections(doktor kata dia kuat orangnya), jarang demam, sakit, tapi pernah kena chicken pox, sakit mata tapi masih under controlled dan kuat. Sekali dia uwaaa habis orang ingat dia kena dera! Anak yang manja dengan ayahnya, perkataan pertama yang disebut 'Ayah'. Tali pusat mula kering dan terpisah pada usia 12 hari. Mula berjalan pada hari Raya Aidiladha sewaktu usia 1 tahun seminggu. Dicukur jambul/botak pada usia 8 bulan dengan dipotong oleh ayahnya dan dikhatan pada usia 9 bulan. Tidak pernah mendapat didikan awal melalui buaian, menghisap puting, apatah lagi walker.. semuanya dilakukan secara natural parenting.

momen penyusuan ketika bercuti di dubai


bungee trampoline di the curve pada usia 1 tahun 10 bulan (mama cakap umurnya dah 2 tahun heheh)

kini, di usia 2 tahun, Damia dah pandai bercakap 2-3 perkataan sekaligus seperti 'mama, nak susu', menangis sambil kata 'mama buat', 'mama, nak mandi', 'best' dan perkataan favourite sekarang 'amboiii' dan 'oooo'. pandai menjaga kecantikan (sibuk nak jugak letak minyak, bedak, mekap bila tengok Mamanya buat macam tu, pandai menyesuaikan diri di mana2, suka berkawan dan senyum, faham dengan arahan yang diberikan seperti 'tolong ambil minyak kat dalam bilik', terkedek-kedek dia pergi ambil :-).

Alhamdulillah, dia masih menyusu lagi sehingga sekarang :-)

 Gambar ketika birthday celebration di usia 2 tahun.. sama dengan Hari Raya Aidiladha

 Ini gambar terbaru :-)

Damia dan artwork (artwork ke tu? heheh)

Semoga anakandaku Nur Arysha Damia menjadi seorang anak yang solehah, mempunyai budi pekerti yang mulia, sebijaksana dan seberkat namanya, sentiasa sihat dan bahagia di dunia dan akhirat. Mama and Ayah love you so much! ummmuaah


p/s Di post lewat 2 bulan kerana Iphone mama rosak, hilang 2500 keping gambar-gambar kenangan. Sorry sayang, mama kena korek-korek carik gambar.. huhuh



0 comments:

Post a Comment