Sunday, 8 July 2012

Shaklee : Hand Dish Wash yang saya suka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Gambar atas ini adalah botol kedua yang saya guna setelah 4-5 bulan menggunakan botol pertama. Hand Dish Wash Concentrate ini sememangnya best. Saya guna untuk membasuh peralatan susu seperti botol susu, storage bottles, puting susu, drying rack dan lain-lain. Sabun ni bagus sebab ia bukan toksik, tiada klorin, tiada bahan luntur, tiada kimia yang merbahaya dan semestinya selamat untuk alam sekitar.
Menjimatkan
Yang bestnya, ianya menjimatkan. Kita tak perlu nak letak banyak-banyak titik.. tapi cukup dengan setitik dapat menghasilkan baaanyak buih dan semestinya bersih :-) Kalau nak jimat lagi, gunakan botol yang kosong (botol pertama tu), letak beberapa titik dalam botol tu dan campurkan dengan air dan goncang botol tu bila nak basuh pinggan mangkuk dan botol-botol susu. Guna botol-botol lain pun boleh. 
Selamat
Kalau lepas basuh pinggan guna sabun biasa, tangan saya akan kasar dan kering, selalu saya terfikir betapa kuatnya kimia yang ada dalam sabun tu. Kulit saya ni pulak jenis sensitif, bila pakai sabun yang kuat sikit akan mengelupas kulit yang dekat dengan kuku tu. Tapi tak terjadi bila guna sabun basuh pinggan Shaklee ni.. Bila habis basuh, jari jemari masih rasa sama seperti sebelum basuh pinggan, maknanya takdela rosak tangan, Sabun Shaklee lembut di tangan tapi handal membersihkan kotoran :-)

Pelbagai guna 
Selain dari basuh pinggan, saya gunakan untuk basuh sinki kat dapur tu, lapkan kitchen top dan saya letak beberapa titik kat tapis yang saya letak di sinki (tapis khas untuk buang sisa-sisa makanan).. Dalam sejam saya basuh, memang bersih. Dan semalam saya baru perasan Sang Raja guna Hand Dish Wash ni (Basic H dah habis) time cuci kipas-kipas kat rumah ni... haha.. berkilat-kilat kipas kat rumah ni :-)

Apa lagi mommies.. jomlah try.. saya pasti anda jatuh cinta dengannya ;-)






0 comments:

Post a Comment