Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk seisi keluarga semasa Open Day ini
Antaranya ialah:-
Pelancaran MODU, iaitu mesin pam terbaru yang lebih praktikal dan cantik :-), sesi tandatangan 'We Support Breastfeeding', pertunjukan fesyen, Lucky Draw, gerai jualan, aktiviti anak-anak, sesi cloth diapers dan babywearing serta banyakkkk lagi.
Okay, sekarang kita tengok gambar-gambar yang sempat diambil:-
Gambar ini diambil semasa launching gimmick. Puteri Sara membawa MODU. Comelkan Sara bawa MODU naik kuda padi ni..
Ini pula saya dan Watie sedang menunggu makanan yang belum tiba.. lapo weihhhh heheheh
Sesi posing-posing bersama anak-anak
Salah satu sesi aktiviti bersama kanak-kanak iaitu menunggang kuda. Damia takut nak naik, ambil gambar tepi kuda pun jadi laa... heheh..
Bersama Cikgu Suraya, Cikgu saya untuk breastfeeding, kenal di alam maya dan sekarang dah jadi kawan. walaupun dah 7 bulan mengandung tapi masih maintain manisnya... Cikgu Farah ketika ini sibuk di depan, tak sempat ambil gambar heheh..
Pentas Utama
Di salah satu gerai jualan
Antara tetamu yang hadir... memang ramai
Pandangan dari depan....
Semasa sesi dipertonton dan diperdengarkan dengan lagu Breastfeeding... Saya tak sempat hantar gambar sedang menyusukan Damia, dapat ambil gambar dari belakang pun jadilaa...
Syabas dan sekalung tahniah buat Puan Farah Farhan kerana menganjurkan Open Day ini. Ianya memberi inspirasi kepada ibu-ibu untuk terus memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.
Tahniah juga buat pemenang Cabutan Bertuah dari Mom&Baby House. Enjoy shopping with us! Kalau ada wishlist jangan segan untuk beritahu kami yek.. Anda Jimat, Anda Dapat, Anda Puas Hati! :-)
Salam Sayang,
Mamas With Love