Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Bila bersembang-sembang kosong dengan kawan-kawan, ada yang tanya soalan seperti, "Ada susu lagi?" atau "Eh, banyaknya susu hari ni" atau "Aku tak dapatpun susu banyak macam kau punya" dan pelbagai lagi.
Sekiranya anda tidak segan bertanya, saya juga tidak keberatan untuk berkongsi pengalaman saya. Insya Allah saya akan membantu selagi terdaya, 1% daripada saya manakala selebihnya adalah daripada anda sendiri.
Ok, kali ini saya senaraikan lagi tips penyusuan untuk anda :)
Sebelum bersalin
1) Sentiasa tanamkan azam/hasrat untuk menyusukan anak-anak anda.
2) Selalu bercakap-cakap dengan kandungan anda seperti "Sayang, nanti latch-on elok-elok ye" atau "Mama tau Sayang akan pandai minum susu Mama"
3) Semak jadual kelas asas penyusuan dengan kaunselor penyusuan yang berdekatan dengan anda. Saya cadangkan anda dan pasangan ke kelas ini semasa kandungan berusia 6-7 bulan ke atas. Semasa waktu ini, anda dan pasangan akan bersemangat, ilmu akan diingat semasa proses bersalin nanti.
4) Periksa hospital yang mempunyai 'Baby friendly" untuk tempat kelahiran anak anda dan beritahu doktor dan jururawat yang anda dan pasangan telah membuat keputusan untuk memberi penyusuan penuh kepada bayi anda.
5) Makan dan minum yang berkhasiat
6) Pilih dan dapatkan pam penyusuan yang terbaik, masih di dalam bajet anda. Masa terbaik untuk membeli pam penyusuan anda ialah sebulan/ 2 minggu sebelum kelahiran. Pelajarilah cara-cara pengepaman dengan teliti.
7) Jangan sekali-kali membawa masuk ke rumah susu formula sebagai standby tidak cukup susu. Susu anda sentiasa cukup, cuma anda perlu mengeluarkannya dengan lebih kerap.
Selepas bersalin
1) Mulakan sesi penyusuan bayi anda sebaik sahaja melahirkan atau di dalam sejam pertama selepas kelahiran. Manakala bagi sesi pengepaman bagi penyimpanan stok, anda mulakan selepas 14 hari kelahiran, semasa ini susu sudah matang, emosi anda juga sudah stabil, jadual berpantang telah teratur
2) Berikan penyusuan secara terus apabila bayi bersama anda
3) Pam setiap 3 jam sekali, 20 minit bagi setiap payudara bagi satu sesi pengepaman.
4) Teruskan pengepaman selama 20 minit walaupun anda hanya pam angin.
5) Tetapkan waktu yang sama bagi setiap sesi pengepaman.
Berhenti pam jika bayi anda meminta susu, dan teruskan pengepaman sekiranya masa bagi pengepaman awal dan penyusuan bayi kurang dari 20 minit.
5) Sekiranya susu untuk bayi anda sedikit merosot, kerapkan sesi pengepaman.
6) Jangan sesekali membandingkan kuantiti susu anda dengan orang lain semata-mata perbezaan pam/ cara pam. Sebaliknya, lihat bagaimana untuk menghasilkan susu yang banyak.
7) Makan dan minumlah makanan/ minuman yang berkhasiat.
8) Sekiranya susu anda merosot, jangan panik dan stress. Berikan lebih masa kepada diri anda dan bayi. Tingkatkan sesi pengepaman dan penyusuan secara terus.
9) Semak pam anda, sekiranya sudah sampai masa untuk diservis atau ditukar ganti.
10) Sekiranya kuantiti anda sedikit pada hari itu, anggaplah rezeki anak anda pada hari itu hanyalah sebanyak itu, Insya Allah anak anda kekenyangan dan cukup dengan kuantiti susu itu.
11) Rajin mendengar, membaca menegenai penyusuan dan praktikkan mana-mana yang baik
12) Berikan sedikit ruang masa sekurang-kurangnya sebulan untuk menambah susu sekiranya baru membeli aksesori penyusuan atau supplement/makanan tambahan.
14) Jangan beli dan simpan stok susu formula di rumah, nurseri atau di mana-mana sahaja (dengan alasan nanti takut tak cukup susu). Tanam di hati anda susu sentiasa ada.
13) Jangan sekali-kali giveup dengan susu formula, leteran orang-orang tua, sindiran rakan-rakan
Option: Ambillah supplements (untuk elakkan stress, badan bertenaga- bila badan sihat, otomatik susu juga banyak)
Dan yang paling penting sekali, berdoa dan bertawakkal kepada Allah.
Semua yang baik, datangnya dari Allah. Saya sentiasa doakan semua ibu-ibu yang menyusukan anak diberi rezeki yang luas hanya untuk anak-anak anda.
Saturday, 23 July 2011
Susu Ibu: Lagi tips penyusuan
Thursday, 21 July 2011
BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER
Selamat berkenalan kepada semua bloggers!
Kami baru mulakan dunia blog 3 bulan lepas... ermm banyak juga perlu dibelajar dan diajar hehehe... Ni first time ikut segmen Ben Ashaari...The Otai of Blogging :)
Kepada yang mencarik-carik barang2 keperluan ibu dan bayi especially barangan keperluan susu ibu, rajin--rajinlah menjenguk dan shopping blog kami and Jangan lupa follow kami yek :)
Thursday, 14 July 2011
Shaklee: Sebelum dan selepas Part 1
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Dah lama rasanya saya tertunggak untuk sediakan entri Shaklee Basic H ini :)
Apa yang hebat sangat dengan Basic H ni? Kan pada entri Basic H sebelum ni saya ada`` sebut yang saya baru saja pakai Basic H (dah lama baru nak beli ye Sham? hihihi) Mula-mula saya saje test, ambil gambar sebelum dengan harapan ada perubahan selepas memakai Basic H. Rupa-rupanya memang perubahan yang saaaaaaaaaangat ketara. Tunjuk kat Mr. King, dia pun terkejut tgk perubahan. Lepas ni baju-baju cik puteri akan kembali berseri lah hehehe...
Kat rumah saya ni, bila basuh baju menggunakan washing machine, selalu sangat melekat kekotoran air tu. yang jadi mangsa ketara dah tentulah baju putih. Sebelum ni jenuh rendam dan gosok sampai tahap dah malas nak buat.
Baju Cik Puteri ni selalu ada tahi lalat especially bahagian dada sebab dia tak suka pakai bip, kekadang tak sedar tetiba dah melekat tahi lalat ni. Yang kuning tu tak pasti saya pasal apa hehehe...
Minggu lepas, saya terpijak tebuan (kaler itam tebuan kan?) yang sesat mati di peti ais rumah. Pagi tu rasa sakit sengat ajelah, terus pegi keja macam biasa. Bila dah petang terasa seram sejuk. Jumpa doktor, kena marah sebab datang lambat dapatkan rawatan, tak boleh kasik injection sebab bisa tu dah spread whole body, itu yg buatkan demam. Malam tu apa lagik, kena sesak nafas, seram sejuk sampai menggeletar, suhu naik mendadak 2-3 kali. Teruk rupanya kalau kena sengat ni :( . Esoknya pegi jumpa doktor lagi baru kasik injection dan antibiotik yang paling kuat. Bila gatal merenyam kat bahagian kaki tu saya rendamkan kaki dengan Basic H, baru boleh tidur lena. Kalau tak asyik rasa nak bgaru aje. Alhamdulillah selepas 5 hari baru ok jari kaki ni.
Pagi tadi tetiba teringin pulak nak minum teh tarik, tetiba teringat pulak kat arwah ayah mertua saya yang suka minum teh tarik sehingga ke akhir hayatnya. Kebetulan tengah nak upload gamba, tperasan gambar ni.
Ada juga kenangan arwah dengan air kegemarannya.
Dah lama rasanya saya tertunggak untuk sediakan entri Shaklee Basic H ini :)
Apa yang hebat sangat dengan Basic H ni? Kan pada entri Basic H sebelum ni saya ada`` sebut yang saya baru saja pakai Basic H (dah lama baru nak beli ye Sham? hihihi) Mula-mula saya saje test, ambil gambar sebelum dengan harapan ada perubahan selepas memakai Basic H. Rupa-rupanya memang perubahan yang saaaaaaaaaangat ketara. Tunjuk kat Mr. King, dia pun terkejut tgk perubahan. Lepas ni baju-baju cik puteri akan kembali berseri lah hehehe...
| Sebelum - Baju Cik Puteri yang terkena air kotor selepas masuk washing machine |
| Selepas - Baju Cik Puteri setelah direndam dengan Basic H selama 4 jam dan digosok manja |
| Sebelum - Baju Cik Puteri yang ada tahi lalat |
| Selepas - Baju Cik Puteri yang dah kering. Direndam dengan Basic H selama 4 jam |
| Sebelum - Rantai emas yang berdaki... hehehe tak prasan plak ghupenya mcm ni sebelum ni |
| Selepas - Rantai tangan yang telah direndam dengan Basic H dan digosok manja dah kembali berkilau :) |
| Jari kaki yang membengkak dan lebam lepas disengat |
Minggu lepas, saya terpijak tebuan (kaler itam tebuan kan?) yang sesat mati di peti ais rumah. Pagi tu rasa sakit sengat ajelah, terus pegi keja macam biasa. Bila dah petang terasa seram sejuk. Jumpa doktor, kena marah sebab datang lambat dapatkan rawatan, tak boleh kasik injection sebab bisa tu dah spread whole body, itu yg buatkan demam. Malam tu apa lagik, kena sesak nafas, seram sejuk sampai menggeletar, suhu naik mendadak 2-3 kali. Teruk rupanya kalau kena sengat ni :( . Esoknya pegi jumpa doktor lagi baru kasik injection dan antibiotik yang paling kuat. Bila gatal merenyam kat bahagian kaki tu saya rendamkan kaki dengan Basic H, baru boleh tidur lena. Kalau tak asyik rasa nak bgaru aje. Alhamdulillah selepas 5 hari baru ok jari kaki ni.
| Rendam kaki bila terasa gatal, Cik Puteri saya ni pun rendam kaki jugak hehehe... |
Ada juga kenangan arwah dengan air kegemarannya.
| Kenangan arwah ayah bersama Damia di hospital dan minuman kegemarannya. Alfatihah untukmu. Happy friday! |
Tuesday, 12 July 2011
Spectra 3
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
| Spectra 3 saya bersama Stylo Mama Shoulder Bag |
Kali pertama saya kenal Spectra adalah dari email Yahoogroup rakan-rakan sekolah saya. Dedulu kawan-kawan tak aktif gunakan Facebook seperti sekarang, jadi Yahoogroup inilah tempat berbincang apa saja topik termasuklah parenting. Mereka jugalah perkenal Spectra, masa tu saya belum berkahwin jadi saya ingatkan kereta aje ada jenama Spectra ni sehinggalah dibincangkan dalam Yahoogroup ;) Yang bestnya kaum bapa pun terlibat sekali dalam perbincangan pam susu ini. Mereka jugalah perkenalkan dengan cloth diapers Lunatots dan belian online.Terima kasih kawan-kawan.
Kemudian, saya disahkan mengandung.. dalam masa yang sama bertanya jugalah kepada colleague yang rajin mengepam, pakai brand apa.. dia bagi tau Spectra. So dalam kepala asyik ingat Spectra..Pada Oktober 2009, saya dan suami ke Kelas Asas Penyusuan anjuran Lunatots dan Sarakids, barulah bertentang mata dengan Spectra 3. Terus rembat pakej :)
Sekarang, saya dah pakai selama 1 tahun 8 bulan, baru sekali hantar servis :). Masih belum tukar apa2 part kecuali tambah breastshield (kekadang terlupa bawak balik kedua-dua breastshield, senang ada standby 1 di rumah :))
Spectra 3 ini ada kelebihan dan kekurangannya juga yek.
Kelebihan Spectra 3
1) Antara mesin pam yang senyap - Sekiranya anda pam di ofis, anda bolehlah mengepam di cubicle, tak mengganggu rakan sebelah. Kalau ada bunyipun tak mengganggu emosi mereka yang banyak kerja heheheh
2) Tahan lasak - Pam saya ni adalah sekali dua terjatuh, so far takde rosak apa
3) Boleh digunakan secara single/double pump
4) Anda hanya perlu pusing sahaja bagi menentukan kadar kekuatan hisapan. Selalunya saya pakai yang sederhana sahaja, sudah membantu proses pengeluaran susu sepenuhnya.
5) Hisapan mimik bayi.
5) Hisapan mimik bayi.
Kekurangan Spectra 3
1) Berat! Saya pernah travel dengan membawa Spectra 3 dalam knapsack. Adoiii sakit belakang mak tau! hihihi. Tapi kalau setakat bawak dari rumah ke ofis, ok aje..
2) Besar - Spectra 3 ni boleh dikategori besar jugalah.. kan rupanya macam kotak
3) Untuk double pump dan aksesori lain seperti filter, kena beli berasingan
4) Sedikit panas, terutama selepas lebih 20 minit pakai. Tapi kalau saya terlupa nak tengok jam semasa mula mengepam, rasa kotak pam bila panas.. saya dah tau signal untuk stop hehehe
| Specta Filter untuk mengelakkan backflow masuk ke mesin |
Yang lain-lain, saya rasa okay. Tepuk dada tanya selera :)
Harganya hanya RM388.00 + satu lagi breastshield RM70.00 (untuk double pump)
Shopping Di Sini
Price List
July 2011 Package Promotions
July 2011 Package Promotions
| Image | Description | Price (RM) | Order |
|---|---|---|---|
| Stylo Mama Modu Breastpump Cooler Bag Complete Set | 605.00 | ||
| Stylo Mama Modu Set Black | 680.00 | ||
| Shaklee 30 Days Pregnant Puasa Set | RM125.00 | ||
| Shaklee 30 Days Breastfeeding and Healthy Puasa Set | 110.00 |
Thursday, 30 June 2011
Susu Ibu: 5 tips menjayakan penyusuan susu ibu hebat
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Julai untuk tahun ini, umur bertambah tapi bilangan ahli keluarga belum bertambah lagi ye hehehe..
Oklah, just a quick note; 5 tips menjayakan penyusuan susu ibu hebat untuk saya dan anda :-
1) Berikan anak anda susu ibu secara terus setiap kali anak anda memerlukan atau setiap 3 jam sekali.
2) Pam susu anda setiap 3 jamsekali, 20 minit bagi setiap payudara.
3) Makanlah makanan yang berkhasiat, jangan skip makan yea.
4) Sentiasa mengamalkan hidup yang sihat, berfikiran positif, jauhi stress dan penyakit 'M'
5) Berdoa, Berusaha dan Bertawakal
Sekian sahaja untuk hari ini :)
Happy Breastfeeding!
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Julai untuk tahun ini, umur bertambah tapi bilangan ahli keluarga belum bertambah lagi ye hehehe..
Oklah, just a quick note; 5 tips menjayakan penyusuan susu ibu hebat untuk saya dan anda :-
1) Berikan anak anda susu ibu secara terus setiap kali anak anda memerlukan atau setiap 3 jam sekali.
2) Pam susu anda setiap 3 jamsekali, 20 minit bagi setiap payudara.
3) Makanlah makanan yang berkhasiat, jangan skip makan yea.
4) Sentiasa mengamalkan hidup yang sihat, berfikiran positif, jauhi stress dan penyakit 'M'
5) Berdoa, Berusaha dan Bertawakal
Sekian sahaja untuk hari ini :)
Happy Breastfeeding!
Sticky Entry: June 2011 Promotions
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kali ini saya bersiaran dari Jengka, Pahang ;-) . Biasalah musim cuti sekolah, mesti ada majlis perkahwinan kan.. Pertama kali, anak saudara sulung sebelah suami berkahwin dengan pasangannnya dari Jengka, Pahang. Alhamdulillah majlis akad nikah telah berlangsung malam tadi. Ermmm teringat pulak sup tulang yang dijamu semalam, memang YUMMY.. hehheh...
Oklah berbalik kepada tajuk di atas, Mom&Baby House sedang mengadakan promosi bagi Jun. Sekiranya anda perasan, kami ada letakkan promosi itu di Chatbox :-)
Bagi setiap pembelian pakej di bawah, anda akan dapat PERCUMA buku Panduan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Bekerjaya. Sekiranya anda ingin membeli secara berasingan buku Panduan ini harganya ialah RM10.00. Buku Panduan ini sememangnya bagus, lengkap memberi info bagaimana untuk menjayakan penyusuan secara eksklusif :-)
Stylo Mama Special Edition Complete Set Modu
This set consists of:
- 1 Stylo Mama Shoulder Bag Special Edition (worth RM139.00)
- 1 Stylo Mama Era Cooler Bag Special Edition (worth RM75.90); Dimension: 29cm (L) x 22cm (H) x 12cm (W)
- 8 (5oz) Stylo Mama Breastmilk Storage Bottle (worth RM35.60)
- 3 pcs Stylo Mama Gel Ice (worth RM30.00)
- 1 Modu Breastpump (worth RM559.00)
Price: RM699.00
Set Stylo Mama Special Edition Complete Set Spectra 3
This set consist of:
1 Stylo Mama Shoulder Bag (worth RM139.00)
1 Stylo Mama Era Cooler Bag (worth RM75.90); Dimension: 29cm (L) x 22cm (H) x 12cm (W)
8 (4oz) Stylo Mama Breastmilk Storage Bottle (worth RM35.60)
3 pcs Stylo Mama Gel Ice (worth RM30.00)
1 Spectra 3 Breastpump (RM388.00)
1 Spectra Breastshield set (worth RM70.00)
List Price: RM738.50
Price: RM640.00
Set Stylo Mama Special Edition Complete Set Harmony
This set consists of:1 Stylo Mama Shoulder Bag (worth RM139.00)
1 Stylo Mama Era Cooler Bag (worth RM75.90); Dimension: 29cm (L) x 22cm (H) x 12cm (W)
8 (4oz) Stylo Mama Breastmilk Storage Bottle (worth RM35.60)
3 pcs Stylo Mama Gel Ice (worth RM30.00)
1 Medela Harmony Manual Breastpump
List Price: RM553.90
Price: RM 525.00
Bestkan? Pakej-pakej ini adalah khas bagi peminat PINK...hehehe... Storage Bottle juga didatangkan di dalam warna PINK. Bukan lagi warna kelabu seperti di dalam gambar :-)
Bagi pembelian MODU pula, kami akan mengambil pesanan terlebih dahulu memandangkan kami baru sahaja diberitahu set pam MODU telah kehabisan stok... memang macam pisang goreng panas laa MODU ini. Kami akan mengambil bayaran sebaik sahaja stok baru tiba.
Manakala, bagi pelanggan yang kepeningan melihat PINK heheh... Jangan risau, kami juga mempunyai set Stylo Mama yang berwarna hita, harganya pun murah sedikitlah. Sekiranya anda berminat dengan warna hitam, anda boleh terus PM/email kami.
Penghantaran adalah melalui pos (RM10 mengikut berat), atau penghantaran COD kepada anda sekitar KL(PWTC, Sentul, Gombak), Putrajaya (hari minggu), Klang (Kota Kemuning), PJ melalui appointment. Appointment diperlukan memandangkan kadangkala kami tiada di tempat tersebut setiap hari ;-)
Happy Shopping with us! :-)
Happy Shopping with us! :-)

Subscribe to:
Posts (Atom)












