Thursday, 22 December 2011

Nur Arysha Damia dah 2 tahun!

Puteri kesayangan saya kini sudah berusia 2 tahun! Entri ini khas untuknya kerana dulu-dulu Mama takde blog, cuma selalu update di Facebook Mama bahagian gambar.

Nur Arysha Damia nama yang diberikan.. Nur diberikan untuk memberinya cahaya dan sama nama dengan Mamanya, Arysha diberikan oleh Ayahnya iaitu gabungan nama kami berdua Nazry + Sham (saya baru dapat tahu Arysha ada maksudnya iaitu the highness) dan Damia yang membawa maksud bijaksana/ keberkatan adalah nama yang menjadi idaman saya untuk diberikan kepada anak saya semenjak muda-muda dulu hihihhi.

Nur Arysha Damia sebaik sahaja bersalin, fresh from the oven hehehe

Dilahirkan di PPUKM pada 6 November 2011, jam 1.10 pagi, 3.91 kg secara Caesarian kerana 10 hari overdue, besar dan tidak mahu turun walaupun diinduced 2 kali, jalan buka hanya 4 cm. Tercapai hajat ayahnnya untuk dapatkan anak pada hari Jumaat. Soalan pertama saya kepada doktor 'Baby saya dah keluar ke?' sebab saya tak dengar dia menangis cuma dengar batuk-batuk seorang bayi. Dan perkataan pertama apabila saya lihatnya ialah 'Assalamualaikum', yang mana Damia terus tersenyum memandang tepat kepada saya, disaksikan oleh doktor-doktor dan jururawat di OT yang kegembiraan melihat reaksinya.

Pertama kali menyusu

Satu kesilapan besar saya, kerana terlalu letih, tidak bersedia secara mental untuk lahir secara C-sar dan overdue, mengalami pernafasan yang sukar sebaik habis operate, kesejukan dan lain- lain.. Damia hanya diberikan susu pertama pada 4.40 petang! Mujur dia menerimanya dengan baik sekali. Kalau boleh saya tidak mahu ulang yang sama untuk adik-adiknya. Selepas itu dia tidak pernah menerima makanan lain lagi untuk 6 bulan pertama.


Sempat bersama dengan Opahnya selama 39 hari, Opahnya meninggal pada usia Damia baru 41 hari (tiada gambar kenangan) dan sempat menghiburkan hati Wan nya selama 11 bulan sebelum Wannya menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Gambar ini diambil 2 hari sebelum saya berpisah buat pertama kali dengannya. Pelbagai perasaan ketika bertugas di luar negara  rindukannya dan risau apabila ayahnya SMS mengatakan dia terjatuh dari katil sewaktu ayahnya sedang siapkannya dan sedang ambil EBM di dapur serta sedih apabila missed moment dia pertama kali meniarap dengan sendiri.

Anak yang baik, tidak banyak kerenah, hanya sekali sahaja menangis ketika injections(doktor kata dia kuat orangnya), jarang demam, sakit, tapi pernah kena chicken pox, sakit mata tapi masih under controlled dan kuat. Sekali dia uwaaa habis orang ingat dia kena dera! Anak yang manja dengan ayahnya, perkataan pertama yang disebut 'Ayah'. Tali pusat mula kering dan terpisah pada usia 12 hari. Mula berjalan pada hari Raya Aidiladha sewaktu usia 1 tahun seminggu. Dicukur jambul/botak pada usia 8 bulan dengan dipotong oleh ayahnya dan dikhatan pada usia 9 bulan. Tidak pernah mendapat didikan awal melalui buaian, menghisap puting, apatah lagi walker.. semuanya dilakukan secara natural parenting.

momen penyusuan ketika bercuti di dubai


bungee trampoline di the curve pada usia 1 tahun 10 bulan (mama cakap umurnya dah 2 tahun heheh)

kini, di usia 2 tahun, Damia dah pandai bercakap 2-3 perkataan sekaligus seperti 'mama, nak susu', menangis sambil kata 'mama buat', 'mama, nak mandi', 'best' dan perkataan favourite sekarang 'amboiii' dan 'oooo'. pandai menjaga kecantikan (sibuk nak jugak letak minyak, bedak, mekap bila tengok Mamanya buat macam tu, pandai menyesuaikan diri di mana2, suka berkawan dan senyum, faham dengan arahan yang diberikan seperti 'tolong ambil minyak kat dalam bilik', terkedek-kedek dia pergi ambil :-).

Alhamdulillah, dia masih menyusu lagi sehingga sekarang :-)

 Gambar ketika birthday celebration di usia 2 tahun.. sama dengan Hari Raya Aidiladha

 Ini gambar terbaru :-)

Damia dan artwork (artwork ke tu? heheh)

Semoga anakandaku Nur Arysha Damia menjadi seorang anak yang solehah, mempunyai budi pekerti yang mulia, sebijaksana dan seberkat namanya, sentiasa sihat dan bahagia di dunia dan akhirat. Mama and Ayah love you so much! ummmuaah


p/s Di post lewat 2 bulan kerana Iphone mama rosak, hilang 2500 keping gambar-gambar kenangan. Sorry sayang, mama kena korek-korek carik gambar.. huhuh



Susu Ibu: Soalan dan jawapan

Assalamualaikum semua,

Sempena di hari Jumaat yang barakah ini, saya cuba untuk membantu seorang ibu ini melalui forum Susuibu.com. Saya dah lama jadi ahli, tapi dulu ada masalah teknikal yang mana saya tak boleh login.. semenjak 3-4 bulan lepas barulah saya aktif melihat dan memberi komen/ maklumbalas. Kebanyakan maklumbalas yang saya berikan di dalam forum tersebut adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri, pembacaan dan apa yang saya belajar semasa kelas penyusuan yang saya hadiri.

Tujuan saya hanya satu, untuk membantu, memberi idea dan menyokong para ibu yang ingin menyusukan, walaupun saya bukan yang terbaik kerana ramai lagi yang hebat-hebat di luar sana,  tapi saya harap dengan sekelumit jawapan ini dapat membantu ibu-ibu yang lain untuk memberi yang terbaik kepada anak-anak mereka :-)

Di sini saya sertakan satu soalan dari forum tersebut:-

Soalan 1
how to direct feed and maintain jadual pum..
aswt mommies, pls help..

saya confuse sgt.skrang sy direct bf,pam n buat power pumping 2-3 kali seminggu utk membykkan susu saya. kalau pam skali dapat la 1-1.5oz. dan saya baru abis pantang at 52 days.
kemusykilan saya, bila sampai waktu pam, anak saya meraung, so saya direct feed dulu. after dia seems ok n saya rasa B kosong,so saya tak pam la. in other words schedule pumping saya goes haywire, dah tak ikut jadual..adakah ini OK untuk pengeluaran susu saya? sebab saya tengok susu saya ni byk tu gak..kekadang da rasa B kosong pon anak nangis2 lg..sodih gk la. tapi saya harap power pumping tu akan bagi saya positif result dalam 1-2 wks lagi.
2nd quest- jenis pump akan mempengaruhi hasil susu perahan ke? saya menggunakan Medela pump in style advanced. sbb setiap kali saya habis pump (30 mins-1 hour) and takde susu keluar, then saya picit B saya tgk masih ada susu menitik? saya make sure saya pump both B atau direct feed every 3-4 hourly..
seriously i dunno what ive done wrong.makan elok2 dah, dengan supplement, ASI, habbatus sauda, pump/df every 3-4 hourly,minum air bergelen, susu pun..saya tawakkal je la ni,if pjg rezeki anak saya insyaAllah ada la..

Jawapan saya:-
Salam ****, tahniah baru melahirkan bayi...
pendapat saya, puan boleh buat beberapa teknik di bawah:-
a) ketika sedang pam dan bayi menangis terus berikan direct feeding kepada bayi puan dan sambungkan mengepam apabila bayi puan sudah kenyang. contoh sedang pam dalam 5 minit dan bayi menangis ingin susu, bagi direct feeding dan sambung pam lagi 15 minit.
b) saya agak puan dah boleh tau waktu bayi menyusu ketika ini.. contoh bayi puan akan menyusu sekitar 8 hingga 8.30 pagi (tmasuk nak tidurkan dia) puan boleh start mengepam setengah jam/sejam selepas menyusukannya
3) pam diwaktu malam/ awal pagi
4) pam di dalam keadaan tenang, tengok tv ke, baca majalah ke, jadi kita takkan terlalu risaukan kuantiti susu tu
saya anggap permulaan yang bagus untuk dapat 1-1.5 oz untuk sekali pam. cuba bayangkan, kalo puan mengepam 4 kali sehari, puan akan dapat sekitar 6oz sehari iaitu utk 2 kali susu. kalau 30 hari? kan byk tu

kepada soalan kedua, saya tak pernah cuba pakai medela pump-in-style, tapi bagi saya sendiri ada perbezaan antara pam manual/ elektrik atau single/double pump.
tapi kebiasaan mengepam sekitar 15-20 minit sahaja bagi sebelah payudara. pendapat saya terlalu lama utk puan pam sejam untuk sebelah payudara. puan pun perlukan rehat ye..
kebiasaannya 5 minit pertama untuk stimulate, kemudian let down reflex sekitar 4-5 minit (susu keluar byk), kemudian 5 minit lagi tiada susu keluar dan sekiranya bernasib baik 5 minit terakhir akan jadi let down reflex lagi sekali . jarang susu akan keluar sepanjang masa. (ini ikut pengalaman saya laa)
pemakanan supplement bukanlah dapat hasil sekelip mata, tapi perlu berterusan dan dilakukan rutin. sebaiknya jgn selalu tukar supplement, coz tak tau badan kita serasi yg mana.. beri tempoh badan untuk terima masa sekurang-kurangnya sebulan ke 2 bulan.
ok, happy breastfeeding! jgn stress2 dgn kuantiti yek 




Harap jawapan ini dapat membantu ibu-ibu di luar sana.. yang penting jangan stress dengan kuantiti yang dihasilkan, okay.. Sayapun tak sangka, saya tulis panjang lebar pulak untuk soalan ni, bila dah post baru perasan hehehe...

Thursday, 17 November 2011

Apa Khabar Semua?

Dah lama kami tak menulis... atau lebih sampai maksudnya menaip di blog ini.
Bukan bermakna kami merajuk.. tidak! Bukan juga kerana tak sudi... Kami amat rinnnnnnndu dengan anda semua tau..

Kekangan masa dan kekangan fizikal membuatkan lama kami menyepi.. walau bagaimanapun perniagaan masih berjalan seperti biasa. Terima kasih kepada pelanggan kami yang setia menunggu akan tibanya stok terutama stok modu dan storage bottles.. Semua barang yang dipesan akan kami hantar pada minggu ini dan minggu hadapan. Maaf, ianya di luar kawalan kami!

Perkembangan terbaru saya, Alhamdulillah cik puteri akan mendapat seorang adik untuk menemaninya bermain.. Insya Allah, saya akan melahirkan bayi ini (jantina masih tidak diketahui) pada bulan Mac :-) Setiap kandungan pastinya dengan pengalaman yang berbeza.. Begitu juga kandungan kali ini, yang pada awal2 kandungan memerlukan saya berehat yang lama... Dan kini, saya kembali :-)

Mama Watie pula sedang menguruskan perpindahannya ke Melaka... Pengorbanan seorang permaisuri berjauhan dengan sang raja buat sementara waktu demi kerjaya.

Cita-cita kami setinggi langit, mahu berjaya di bidang kerjaya, perniagaan mahupun keluarga.. Justeru setiap pengorbanan ini adalah untuk kejayaan masa hadapan... Insya Allah.

Terima kasih kepada yang sudi menanya khabar, ke mana menghilangnya kami... :-) Ingatan yang amat mengharukan kami...

Salam Sayang,

Wednesday, 16 November 2011

Stok Modu

Alhamdullilah...
Stok Modu sudah sampai...
Kepada pelanggan-pelanggan kami, kami akan membuat penghantaran dengan kadar segera...tunggu yer.
Kami minta maaf..maaf dan maaf sekali lagi.. di atas kelewatan memandangkan kehabisan stok dari supplier kami..

Terima kasih di atas sokongan yang berterusan dari anda semua..

Wednesday, 17 August 2011

Performance Drink

Assalamualaikum n ape khabar semua!
Lama dah saya tak update blog..masa sangat2 mencemburui saya..nak update kat rumah, memanglah sokmo tak nyempat..nak update kat opis, kena curi2 masa..nanti bos tau, hikhihkik..lagipun, tak syioklah buat kejer personal kat opis kan :-)

So, hari ni saya nak bercerita tentang Apa itu Performance Drink, keluaran Shaklee :
  1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah kekeringan dalam badan "Dehydration" - seperti fungsi minuman isotonik.
  2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  3. Dan keistimewaan Performance Drink ini ialah ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta-merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  4. Sangat elok diambil apabila demam untuk mencgah dehydration.Sesuai untuk seisi keluarga. 
  5. Ia sangat-sangat elok diminum oleh ibu menyusu semasa mengandung untuk mengekalkan tenaga kepada si ibu!
Nahhh, nie lah rupenye Performance Drink nie..


Rasenya ala2 air Tang (yang perisa oren tu) dan tidak bergas...bagi mereka yang kerap mengantuk ketika memandu terutama memandu jarak jauh, standby air masak dan performance drink dalam kereta. Rase 2cam dah tak tahan sangat, berhenti kejap untuk bancuh dan minum segelas performance drink..tgk sendiri perubahannye..percayalah, saya dah mencubanya! Serta-merta rase segar mata!Bertenaga OK!

Saya juga menggantikan 100 Plus dengan performance drink nie..agak2 badan dah lemau nak selsema..nak demam, cepat2lah minum..tapi jgnlah segelas dah expect nak baik kan...minumlah selang beberapa jam..insyaAllah suhu badan anda akan slowly turun dan tak melarat demamnya...

JOMMM dapatkan satu untuk simpanan di rumah untuk kegunaan ketika kecemasan (sekiranya anda atau ahli keluaga menunjukkan simptom selsema dan demam) atau sebagai minuman harian untuk kekal bertenaga..

Harganye cuma RM82.50, dapatkan segera dari kami!  



Friday, 12 August 2011

Kami akan kembali

Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Selamat Berpuasa untuk hari ke 13 Ramadhan :-)

Kami ingin meminta maaf kerana dah lama tak update blog kami ni. Kedua-dua kami sibuk sedikit dengan kerjaya utama kami. Insya Allah setelah semua urusan kerja kami selesai, kami akan kembali aktif mengupdate blog(kami bertambah sibuk di bulan Ramadhan ! huhu). Walaubagaimanapun, proses jualan adalah seperti biasa, jadi jangan segan silu untuk scroll entry kami untuk dapatkan harga-harga yang istimewa.

Dalam masa sebulan ni, pelbagai berita untuk kami.. Mama Watie akan berpindah ke Melaka pada tahun hadapan. Mom&Baby House akan meneruskan  perniagaan seperti biasa dan akan membuka cawangan di Melaka pula :-) Manakala saya, sibuk sedikit dengan urusan kerja dan akan turut berpindah ke Putrajaya pada bulan hadapan :-).

Sedikit makluman untuk para pelanggan kami
Bermula pada bulan Oktober 2011, Mom&Baby House akan beroperasi di Putrajaya dan Kelang iaitu untuk sesi COD dan penerangan produk manakala operasi delivery di sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya akan dijalankan selepas waktu kerja sahaja(5.30pm-7pm). Operasi penghantaran pos adalah seperti biasa. 
Bermula bulan Januari 2012 pula, Mom&Baby House melangkah setapak lagi iaitu beroperasi di Melaka .

Tunggu yea Mama-mama di Putrajaya dan Melaka!

Thursday, 4 August 2011

MARI MENAMBAH FOLLOWER BERSAMA HANNAH TOTS


Comel tak baby kat atas ni? Kecik-kecik dah pandai mengadap lappy :-)
Ok, untuk ketahui siapa baby yang comel ni, klik di sini.
Jom join sesama Segmen Mari Menambah Follower Bersama Hannah Tots :-)

Monday, 1 August 2011

Harga Breastfeeding?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa, alhamdulillah semalam saya berbuka puasa dengan air Peel Fresh dicampur dengan Performance Drink dan nasi tomato dan daging. Kenyangnya sampai ke sahur :-) Semalam sempat ke Bazaar Ramadhan Kg. Baru, orang ramainya lain macam sampaikan semua air dah habis, singgah di Pasaraya KK Mart dan beli Peel Fresh. Sampai aje di rumah, terus azan berkumandang.

Tgh godek-godek blog ni, saya terpandang ada di Search Keywords mencari Harga Breastfeeding. Ermmm, secara positif saya fikir mungkin orang tu hendak mencari harga breastpump, aksesori breastpump atau apa-apa yang berkaitan dengan penyusuan. Tidak mungkin pula orang mencari harga breastfeedingkan?

Sesungguhnya harga bagi breastfeeding tiada ternilainya dan tiada bandingannya dengan wang ringgit. Itu yang  mampu saya katakan :-)

Happy Breastfeeding to all!

Sunday, 31 July 2011

Shaklee: Mengapa Performance Drink?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni hari pertama kita menjalani ibadah berpuasa. Anda masih tercari-cari minuman untuk berbuka dan bersahur? Apa minuman wajib yang perlu ada di rumah untuk kita kekal bertenaga? Kalau di rumah saya, dah tentulah Performance Maximum Endurance Sports Drink by Shaklee atau lebih dikenali sebagai Performance Drink.



Mengapa Performance Drink?
  • Performance Drink ini menggunakan rumusan Eksklusif Opticarb iaitu ia memberi karbohidrat untuk mengekalkan daya ketahanan dan elektrolit bagi penghidratan semula dengan kadar segera. 
  • Ianya juga membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting di dalam badan kita untuk membantu mencegah penyahhidratan
  • Ianya juga terbukti secara klinikal untuk memelihara paras gula dalam darah untuk tenga otot dan paras bendalir bagi proses penghidratan 
Kebiasaannya, Performance Drink ini digunakan oleh para atlet untuk kekal bertenaga. Performance Drink juga sesuai untuk diambil semasa sedang berpuasa memandangkan kita tidak mengambil sebarang makanan dan minuman pada siang hari, ianya dapat mengekalkan tenaga, menggantikan nutrien yang hilang, meningkatkan kecergasan dan mengembalikan tenaga secara segera semasa berbuka. Berita baiknnya, isteri, suami, adik, abang atau sesiapa sahaja boleh mengambil Performance Drink ini :-)

Bagaimana cara peminuman?

Ia didatangkan di dalam bentuk serbuk sebanyak 539gram di dalam satu bekas. Anggaran hidangan bagi sebekas ini adalah sebanyak 19 hidangan atau lebih. Anda boleh letakkan 2-3 sudu besar di dalam segelas air masak atau air sejuk anggaran 180ml. Boleh juga guna shaker atau hanya kacau sahaja. Ambil sewaktu sahur dan juga sewaktu berbuka. Anda boleh juga dicampurkan dengan apa-apa sahaja air minuman. Saya campurkan dengan air Tropicana Twister :-) 

Perisa Performance Drink
Lebih menarik lagi, Performance Drink ini didatangkan dengan berperisa Natural Orange. Jadi ianya lebih sedap!

Harga bagi satu bekas Performace Maximum Endurance Sports Drink ini ialah RM82.50.

Walaubagaimanapun, sempena Bulan Ramadhan yang penuh rahmat ini kami menawarkan harga istimewa bagi setiap pembelian pakej Shaklee :-). Klik di sini untuk maklumat lanjut. Untuk pembelian secara paypal pula, klik di sini. Manakala bagi pembelian pakej Shaklee di sekitar PWTC pada waktu bekerja, COD diterima dan penghantaran adalah percuma (kami akan menolak RM5 harga penghantaran bagi setiap pakej :-)).

Happy Shopping with us! :-)

Cinta Sayang Norma

Semalam, hati ini tersentuh apabila membaca kisah seorang isteri dan ibu muda yang sedang melawan penyakitnya. Isteri dan ibu tersebut adalah Noormawati Mohd Rasif atau dikenali sebagai Norma. Saya tidak dapat menahan emosi juga apabila melihat gambar Norma yang tenang bersama anaknya Rafiq yang baru berusia 3 bulan, hati ini meruntun apabila membaca keadaannya dari blog saudara Norma.

Jauh di sudut hati, kami tahu wanita yang bernama Norma ini mempunyai semangat yang kuat untuk melawan penyakit kanser otak Medulloblastoma hanya untuk anak kesayangannya. Untuk Norma, kami mendoakan kesejahteraan puan, diberi kesihatan yang baik untuk dinikmati dengan yang tersayang.

Kuasa Allah amatlah besar, kami tidak pernah mengenali Norma secara jauh mahupun dekat, tapi hati ini kuat untuk membantu Norma, walaupun bukan melalui fizikal.

Bagi anda yang ingin membantu Norma melalui kewangan, bolehlah berbuat demikian melalui:-

CIMB Berhad 01070068677528
Nama: Noormawati Mohd Rasif

Sekiranya anda tidak mampu dari segi kewangan, doa adalah cara terbaik untuk kita menyumbang.

Kami juga ingin menyatakan setiap pembelian promosi bulan Julai melalui Mom&Baby House, RM5 akan disalurkan ke akaun Norma.

Hari ini, hari nya, esok lusa tiada siapa yang tahu. Only Allah knows the Best!

p/s Maaf, kami tak letakkan gambar Norma, memandangkan hati ini meruntun setiap kali menatapnya.


Selamat Berpuasa

Assalamualakum semua

Pejam celik pejam celik, kita dah melangkah ke bulan yang penuh rahmat iaitu bulan Ramadhan.
Mom&Baby House mengambil kesempatan ini dengan mengucapkan Selamat Berpuasa, semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna lagi :-)

Anda bersahur apa tadi? Saya bersahurkan Mee Kari Zul yang beli di R&R Ulu Bernam semasa perjalanan pulang ke KL. Takut tak kenyang, saya masak nasi untuk  dimakan dengan kuah kari hhehehe (sehari without nasi, risau jugak kan) air pulak saya minum air masak dan Performance Drink by Shaklee. Saya juga ambil Vitalea, Vita C, Alfalfa dan Zinc by Shaklee jugak. Harapannya kekal bertenagalah sehingga waktu berbuka nanti :-)

Menu berbuka pula masih takde, tengoklah nanti macam mana.

Okaylah, kepada semua.. Selamat Menjalani Ibadah Puasa dengan baik :-)

Wednesday, 27 July 2011

Tiub pam dan checklist Spectra 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua :)

Informasi untuk mommies semua...

Kadang-kadang bila kita pam menggunakan apa-apa pam sekalipun, tiub akan berpeluh atau kejadian susu termasuk di dalam tiub kan? Jadi, tiub tersebut perlu dikeringkan sebelum proses mengepam seterusnya. Cara nak keringkan tiub tu ialah dengan menyidai/ menggantungkan selepas sesi pengapaman. Contoh, pam diletakkan di meja, biarkan tiub tgantung ke bawah. Ataupun pukulkan tiub tu ke dinding atau meja untuk keluarkan yang air/ susu yang terperangkap.

Ini pulak checklist untuk mommies yang mungkin mengalami masalah semasa pengepaman menggunakan Spectra 3:-
1) Pilihan: Guna filter, filter ni harus ditukar bila dah tiada tanda difilter tersebut.
2) Position semasa mengepam pulak, ialah duduk dalam keadaan tegak tapi selesa, botol ke bawah.
3) Kalau rasa hisapan tak kuat seperti biasa, cuba tekankan/ adjust sedikit di tempat pusing/punat tu, kadang-kadang terlonggar, tu yang tak kuat hisapan. Jangan pusing sehingga maximum untuk elakkan punat tu longgar.
4) Check pemasangan breastshield dan membrane.. kalo membrane tak betul masuk pun atau sudah haus (selalu terjadi kat membrane yang dah guna lama) bole bagi kesan kat hisapan jugak.
5) Tukar botol baru bila susu dah lebih dari bekas biru tu (tempat membrane). Kalo tak susu akan melimpah keluar, sayang aje...
Kalau semua dah buat, masih tak ok.. bolehlah antar servis. :-)

Bagi yang belum beli pam, untuk elakkan kita sukar mengepam semasa antar servis, semak dulu dengan kedai tu ada terima untuk servis dan boleh pinjam kedai punya tak sementara servis tu.

Mom&Baby House menyediakan khidmat pinjam pam semasa pam anda dihantar servis sekiranya pam di beli dengan kami :)

Happy Breastfeeding!

Monday, 25 July 2011

Modu Breastpump

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ni saya akan bercerita mengenai Modu breastpump. Saya akan terangkan secara lebih terperinci mengenai Modu ini dengan menggunakan bahasa yang senang dan apa yang anda perlu tahu mengenainya :)

Modu breastpump ini dicipta oleh seorang kaunselor penyusuan yang tidak asing lagi iaitu Puan Farah Farhan (ikuti pengalaman beliau di dalam natural parenting dan breastfeeding di sini) yang mana ia menggunakan teknologi dari Korea dengan mengadaptasikan kehendak ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka.

Fungsi Modu:-
1) Digunakan untuk mengepam susu ibu.

2) Selain itu, ianya boleh juga digunakan untuk nasal suction iaitu penghisap hingus sekiranya bayi anda mengalami hidung tersumbat akibat selsema. Jangan bimbang! Nasal suction ini menggunakan aksesori berasingan dari mengepam susu.

Kelebihan Modu:-1) Boleh digunakan secara single ataupun double-pump. Sekiranya anda menggunakan single pump, anda hanya perlu tutup salah satu lubang dengan menggunakan penutup yang disediakan. Manakala, sekiranya anda menggunakan double pump, terus sambungkan tiub ke kedua-dua lubang :)

2) Ia menggunakan 3 butang iaitu 'On/Off',  '-' dan '+' yang mana apabila anda menekan button, anda boleh melihat nombor tertera di skrin elektronik.

3) Tahap suction adalah dari 0-6. 0 digunakan untuk nasal suction dan pembersihan backflow, 1-2 adalah untuk stimulation dan 4-6 adalah tahap suction. Untuk permulaan mengepam, anda gunakan butang 1-2 bagi proses stimulation dan urutan, apabila let down reflex terjadi, tukarkan ke button 3-6 mengikut kesesuaian dan keselesaan anda. Untuk memberhentikan Modu pula, anda hanya perlu menekan butang on/off.

3) Boleh dibuat pembersihan sekiranya terjadi backflow. Backflow di sini bermaksud susu yang dipam termasuk di dalam tiub dan seterusnya ke dalam mesin. Sekiranya terjadi backflow pada pam Modu ini, ianya tidak akan masuk secara terus ke enjin sebaliknya susu tersebut akan masuk ke satu ruang khas. Ianya boleh dibersihkan dan perlu dibersihkan serta merta. Apabila ada ruang berasingan untuk backflow, seharusnya enjin akan berkeadaan baik dan tahan lebih lama :)

5) Semua aksesori di datangkan dua. Bermakna, anda tidak perlu membeli asing untuk double pump. Jadi anda tidak perlu pening kepala untuk menambah lagi duit. :)

6) Ringan dan handy- hanya 700gm. Bermakna senang untuk dibawa travel :)

7) Menggunakan elektrik dengan jangka hayat 2000 jam

8) Berwarna pink :)

9) Tekanan 500 - 1060 hPa

10) Warranty 1 tahun

Setiap pam mempunyai kelebihan dan kekurangan. Ini adalah pandangan saya sebagai seorang pengguna Modu yea... Berikut adalah 2 kekurangan yang ada pada Modu:-

1) Sedikit berbunyi. Tetapi sekiranya anda mengepam di ruang berasingan seperti surau, bilik menyusu, bilik sendiri ianya tidak akan menjadi masalah.

2) Hanya menggunakan elektrik. (Tapi bagi saya, takde masalah)


Yang lain-lain saya rasa semua okay. Tepuk dada tanya selera :)

Bagi anda yang sudah menggunakan Modu, apa kata kongsi pengalaman anda pula :)

Wahhh.. hari ni banyak saya menggunakan icon ' :) ' hihihi...

Happy Breastfeeding to all!

-Mama Sham-

Saturday, 23 July 2011

Susu Ibu: Lagi tips penyusuan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bila bersembang-sembang kosong dengan kawan-kawan, ada yang tanya soalan seperti, "Ada susu lagi?" atau "Eh, banyaknya susu hari ni" atau "Aku tak dapatpun susu banyak macam kau punya" dan pelbagai lagi.

Sekiranya anda tidak segan bertanya, saya juga tidak keberatan untuk berkongsi pengalaman saya. Insya Allah saya akan membantu selagi terdaya, 1% daripada saya manakala selebihnya adalah daripada anda sendiri.

Ok, kali ini saya senaraikan lagi tips penyusuan untuk anda :)

Sebelum bersalin
1) Sentiasa tanamkan azam/hasrat untuk menyusukan anak-anak anda.
2) Selalu bercakap-cakap dengan kandungan anda seperti "Sayang, nanti latch-on elok-elok ye" atau "Mama tau Sayang akan pandai minum susu Mama"
3) Semak jadual kelas asas penyusuan dengan kaunselor penyusuan yang berdekatan dengan anda. Saya cadangkan anda dan pasangan ke kelas ini semasa kandungan berusia 6-7 bulan ke atas. Semasa waktu ini, anda dan pasangan akan bersemangat, ilmu akan diingat semasa proses bersalin nanti.
4) Periksa hospital yang mempunyai 'Baby friendly" untuk tempat kelahiran anak anda dan beritahu doktor dan jururawat yang anda dan pasangan telah membuat keputusan untuk memberi penyusuan penuh kepada bayi anda.
5) Makan dan minum yang berkhasiat
6) Pilih dan dapatkan pam penyusuan yang terbaik, masih di dalam bajet anda. Masa terbaik untuk membeli pam penyusuan anda ialah sebulan/ 2 minggu sebelum kelahiran. Pelajarilah cara-cara pengepaman dengan teliti.
7) Jangan sekali-kali membawa masuk ke rumah susu formula sebagai standby tidak cukup susu. Susu anda sentiasa cukup, cuma anda perlu mengeluarkannya dengan lebih kerap.

Selepas bersalin
1) Mulakan sesi penyusuan bayi anda sebaik sahaja melahirkan atau di dalam sejam pertama selepas kelahiran. Manakala bagi sesi pengepaman bagi penyimpanan stok, anda  mulakan selepas 14 hari kelahiran, semasa ini susu sudah matang, emosi anda juga sudah stabil, jadual berpantang telah teratur
2) Berikan penyusuan secara terus apabila bayi bersama anda
3) Pam setiap 3 jam sekali, 20 minit bagi setiap payudara bagi satu sesi pengepaman.
4) Teruskan pengepaman selama 20 minit walaupun anda hanya pam angin.
5) Tetapkan waktu yang sama bagi setiap sesi pengepaman.
Berhenti pam jika bayi anda meminta susu, dan teruskan pengepaman sekiranya masa bagi pengepaman awal dan penyusuan bayi kurang dari 20 minit.
5) Sekiranya susu untuk bayi anda sedikit merosot, kerapkan sesi pengepaman.
6) Jangan sesekali membandingkan kuantiti susu anda dengan orang lain semata-mata perbezaan pam/ cara pam. Sebaliknya, lihat bagaimana untuk menghasilkan susu yang banyak.
7) Makan dan minumlah makanan/ minuman yang berkhasiat.
8) Sekiranya susu anda merosot, jangan panik dan stress. Berikan lebih masa kepada diri anda dan bayi. Tingkatkan sesi pengepaman dan penyusuan secara terus.
9) Semak pam anda, sekiranya sudah sampai masa untuk diservis atau ditukar ganti.
10) Sekiranya kuantiti anda sedikit pada hari itu, anggaplah rezeki anak anda pada hari itu hanyalah sebanyak itu, Insya Allah anak anda kekenyangan dan cukup dengan kuantiti susu itu.
11) Rajin mendengar, membaca menegenai penyusuan dan praktikkan mana-mana yang baik
12) Berikan sedikit ruang masa sekurang-kurangnya sebulan untuk menambah susu sekiranya baru membeli aksesori penyusuan atau supplement/makanan tambahan.
14) Jangan beli dan simpan stok susu formula di rumah, nurseri atau di mana-mana sahaja (dengan alasan nanti takut tak cukup susu). Tanam di hati anda susu sentiasa ada.
13) Jangan sekali-kali giveup dengan susu formula, leteran orang-orang tua, sindiran rakan-rakan
Option: Ambillah supplements (untuk elakkan stress, badan bertenaga- bila badan sihat, otomatik susu juga banyak)

Dan yang paling penting sekali, berdoa dan bertawakkal kepada Allah.

Semua yang baik, datangnya dari Allah. Saya sentiasa doakan semua ibu-ibu yang menyusukan anak diberi rezeki yang luas hanya untuk anak-anak anda.

Thursday, 21 July 2011

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER


Selamat berkenalan kepada semua bloggers!

Kami baru mulakan dunia blog 3 bulan lepas... ermm banyak juga perlu dibelajar dan diajar hehehe... Ni first time ikut segmen Ben Ashaari...The Otai of Blogging :)

Kepada yang mencarik-carik barang2 keperluan ibu dan bayi especially barangan keperluan susu ibu, rajin--rajinlah menjenguk dan shopping blog kami and Jangan lupa follow kami yek :)

Thursday, 14 July 2011

Shaklee: Sebelum dan selepas Part 1

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Dah lama rasanya saya tertunggak untuk sediakan entri Shaklee Basic H ini :)

Apa yang hebat sangat dengan Basic H ni? Kan pada entri Basic H sebelum ni saya ada`` sebut yang saya baru saja pakai Basic H (dah lama baru nak beli ye Sham? hihihi) Mula-mula saya saje test, ambil gambar sebelum dengan harapan ada perubahan selepas memakai Basic H. Rupa-rupanya memang perubahan yang saaaaaaaaaangat ketara. Tunjuk kat Mr. King, dia pun terkejut tgk perubahan. Lepas ni baju-baju cik puteri akan kembali berseri lah hehehe...

Sebelum - Baju Cik Puteri yang terkena air kotor selepas masuk washing machine
Kat rumah saya ni, bila basuh baju menggunakan washing machine, selalu sangat melekat kekotoran air tu. yang jadi mangsa ketara dah tentulah baju putih. Sebelum ni jenuh rendam dan gosok sampai tahap dah malas nak buat.


Selepas - Baju Cik Puteri setelah direndam dengan Basic H selama 4 jam dan digosok manja


Sebelum - Baju Cik Puteri yang ada tahi lalat
Baju Cik Puteri ni selalu ada tahi lalat especially bahagian dada sebab dia tak suka pakai bip, kekadang tak sedar tetiba dah melekat tahi lalat ni. Yang kuning tu tak pasti saya pasal apa hehehe...
Selepas - Baju Cik Puteri yang dah kering. Direndam dengan Basic H selama 4 jam

Sebelum - Rantai emas yang berdaki... hehehe tak prasan plak ghupenya mcm ni sebelum ni


Selepas - Rantai tangan yang telah direndam dengan Basic H dan digosok manja dah kembali berkilau :)

Jari kaki yang membengkak dan lebam lepas disengat

Minggu lepas, saya terpijak tebuan (kaler itam tebuan kan?) yang sesat mati di peti ais rumah. Pagi tu rasa sakit sengat ajelah, terus pegi keja macam biasa. Bila dah petang terasa seram sejuk. Jumpa doktor, kena marah sebab datang lambat dapatkan rawatan, tak boleh kasik injection sebab bisa tu dah spread whole body, itu yg buatkan demam. Malam tu apa lagik, kena sesak nafas, seram sejuk sampai menggeletar, suhu naik mendadak 2-3 kali. Teruk rupanya kalau kena sengat ni :( . Esoknya pegi jumpa doktor lagi baru kasik injection dan antibiotik yang paling kuat. Bila gatal merenyam kat bahagian kaki tu saya rendamkan kaki dengan Basic H, baru boleh tidur lena. Kalau tak asyik rasa nak bgaru aje. Alhamdulillah selepas 5 hari baru ok jari kaki ni.



Rendam kaki bila terasa gatal, Cik Puteri saya ni pun rendam kaki jugak hehehe...
 
 Pagi tadi tetiba teringin pulak nak minum teh tarik, tetiba teringat pulak kat arwah ayah mertua saya yang suka minum teh tarik sehingga ke akhir hayatnya. Kebetulan tengah nak upload gamba, tperasan gambar ni.
Ada juga kenangan arwah dengan air kegemarannya.
Kenangan arwah ayah bersama Damia di hospital dan minuman kegemarannya. Alfatihah untukmu.



Happy friday!




Tuesday, 12 July 2011

Spectra 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Spectra 3 saya bersama Stylo Mama Shoulder Bag

Kali pertama saya kenal Spectra adalah dari email Yahoogroup rakan-rakan sekolah saya. Dedulu kawan-kawan tak aktif gunakan Facebook seperti sekarang, jadi Yahoogroup inilah tempat berbincang apa saja topik termasuklah parenting. Mereka jugalah perkenal Spectra, masa tu saya belum berkahwin jadi saya ingatkan kereta aje ada jenama Spectra ni sehinggalah dibincangkan dalam Yahoogroup ;) Yang bestnya kaum bapa pun terlibat sekali dalam perbincangan pam susu ini. Mereka jugalah perkenalkan dengan cloth diapers Lunatots dan belian online.Terima kasih kawan-kawan. 

Kemudian, saya disahkan mengandung.. dalam masa yang sama bertanya jugalah kepada colleague yang rajin mengepam, pakai brand apa.. dia bagi tau Spectra. So dalam kepala asyik ingat Spectra..Pada Oktober 2009, saya dan suami ke Kelas Asas Penyusuan anjuran Lunatots dan Sarakids, barulah bertentang mata dengan Spectra 3. Terus rembat pakej :)

Sekarang, saya dah pakai selama 1 tahun 8 bulan, baru sekali hantar servis :). Masih belum tukar apa2 part kecuali tambah breastshield (kekadang terlupa bawak balik kedua-dua breastshield, senang ada standby 1 di rumah :))
Spectra 3 ini ada kelebihan dan kekurangannya juga yek.

Kelebihan Spectra 3
1) Antara mesin pam yang senyap - Sekiranya anda pam di ofis, anda bolehlah mengepam di cubicle, tak mengganggu rakan sebelah. Kalau ada bunyipun tak mengganggu emosi mereka yang banyak kerja heheheh
2) Tahan lasak - Pam saya ni adalah sekali dua terjatuh, so far takde rosak apa
3) Boleh digunakan secara single/double pump
4) Anda hanya perlu pusing sahaja bagi menentukan kadar kekuatan hisapan. Selalunya saya pakai yang sederhana sahaja, sudah membantu proses pengeluaran susu sepenuhnya.
5) Hisapan mimik bayi.

Kekurangan Spectra 3
1) Berat! Saya pernah travel dengan membawa Spectra 3 dalam knapsack. Adoiii sakit belakang mak tau! hihihi. Tapi kalau setakat bawak dari rumah ke ofis, ok aje..
2) Besar - Spectra 3 ni boleh dikategori besar jugalah.. kan rupanya macam kotak
3) Untuk double pump dan aksesori lain seperti filter, kena beli berasingan
4) Sedikit panas, terutama selepas lebih 20 minit pakai. Tapi kalau saya terlupa nak tengok jam semasa mula mengepam, rasa kotak pam bila panas.. saya dah tau signal untuk stop hehehe

Specta Filter untuk mengelakkan backflow masuk ke mesin
Yang lain-lain, saya rasa okay. Tepuk dada tanya selera :)

Harganya hanya RM388.00 + satu lagi breastshield RM70.00 (untuk double pump)




  

Shopping Di Sini

Price List

July 2011 Package Promotions

Image Description Price (RM) Order
Stylo Mama Modu Breastpump Cooler Bag Complete Set 605.00



Stylo Mama Modu Set Black 680.00






Shaklee 30 Days Pregnant Puasa Set RM125.00


Option


Shaklee 30 Days Breastfeeding and Healthy Puasa Set 110.00


Option



Thursday, 30 June 2011

Susu Ibu: 5 tips menjayakan penyusuan susu ibu hebat

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Julai untuk tahun ini, umur bertambah tapi bilangan ahli keluarga belum bertambah lagi ye hehehe..

Oklah, just a quick note; 5 tips menjayakan penyusuan susu ibu hebat untuk saya dan anda :-

1) Berikan anak anda susu ibu secara terus setiap kali anak anda memerlukan atau setiap 3 jam sekali.
2) Pam susu anda setiap 3 jamsekali, 20 minit bagi setiap payudara.
3) Makanlah makanan yang berkhasiat, jangan skip makan yea.
4) Sentiasa mengamalkan hidup yang sihat, berfikiran positif, jauhi stress dan penyakit 'M'
5) Berdoa, Berusaha dan Bertawakal

Sekian sahaja untuk hari ini :)

Happy Breastfeeding!

Sticky Entry: June 2011 Promotions

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kali ini saya bersiaran dari Jengka, Pahang ;-) . Biasalah musim cuti sekolah, mesti ada majlis perkahwinan kan.. Pertama kali, anak saudara sulung sebelah suami berkahwin dengan pasangannnya dari Jengka, Pahang. Alhamdulillah majlis akad nikah telah berlangsung malam tadi. Ermmm teringat pulak sup tulang yang dijamu semalam, memang YUMMY.. hehheh...
Oklah berbalik kepada tajuk di atas, Mom&Baby House sedang mengadakan promosi bagi Jun. Sekiranya anda perasan, kami ada letakkan promosi itu di Chatbox :-)
Bagi setiap pembelian pakej di bawah, anda akan dapat PERCUMA buku Panduan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Bekerjaya. Sekiranya anda ingin membeli secara berasingan buku Panduan ini harganya ialah RM10.00. Buku Panduan ini sememangnya bagus, lengkap memberi info bagaimana untuk menjayakan penyusuan secara eksklusif  :-)

Stylo Mama Special Edition Complete Set Modu
This set consists of:
  • 1 Stylo Mama Shoulder Bag Special Edition (worth RM139.00)
  • 1 Stylo Mama Era Cooler Bag Special Edition  (worth RM75.90); Dimension: 29cm (L) x 22cm (H) x 12cm (W)
  • 8 (5oz) Stylo Mama Breastmilk Storage Bottle (worth RM35.60)
  • 3 pcs Stylo Mama Gel Ice (worth RM30.00)
  • 1 Modu Breastpump (worth RM559.00)
Price: RM699.00


Set Stylo Mama Special Edition Complete Set Spectra 3

This set consist of:
1 Stylo Mama Shoulder Bag (worth RM139.00)
1 Stylo Mama Era Cooler Bag  (worth RM75.90); Dimension: 29cm (L) x 22cm (H) x 12cm (W)
8 (4oz) Stylo Mama Breastmilk Storage Bottle (worth RM35.60)
3 pcs Stylo Mama Gel Ice (worth RM30.00)
1 Spectra 3 Breastpump (RM388.00)
1 Spectra Breastshield set (worth RM70.00)

List Price: RM738.50
Price: RM640.00



Set Stylo Mama Special Edition Complete Set Harmony
This set consists of:
1 Stylo Mama Shoulder Bag (worth RM139.00)
1 Stylo Mama Era Cooler Bag  (worth RM75.90); Dimension: 29cm (L) x 22cm (H) x 12cm (W)
8 (4oz) Stylo Mama Breastmilk Storage Bottle (worth RM35.60)
3 pcs Stylo Mama Gel Ice (worth RM30.00)
1 Medela Harmony Manual Breastpump

List Price: RM553.90
Price: RM 525.00

Bestkan? Pakej-pakej ini adalah khas bagi peminat PINK...hehehe... Storage Bottle juga didatangkan di dalam warna PINK. Bukan lagi warna kelabu seperti di dalam gambar :-)

Bagi pembelian MODU pula, kami akan mengambil pesanan terlebih dahulu memandangkan kami baru sahaja diberitahu set pam MODU telah kehabisan stok... memang macam pisang goreng panas laa MODU ini. Kami akan mengambil bayaran sebaik sahaja stok baru tiba.

Manakala, bagi pelanggan yang kepeningan melihat PINK heheh... Jangan risau, kami juga mempunyai set Stylo Mama yang berwarna hita, harganya pun murah sedikitlah. Sekiranya anda berminat dengan warna hitam, anda boleh terus PM/email kami.

Penghantaran adalah melalui pos (RM10 mengikut berat), atau penghantaran COD kepada anda sekitar KL(PWTC, Sentul, Gombak), Putrajaya (hari minggu), Klang (Kota Kemuning), PJ melalui appointment. Appointment diperlukan memandangkan kadangkala kami tiada di tempat tersebut setiap hari ;-)

Happy Shopping with us! :-)