Sunday 13 May 2012

A Surprise from Little Khadeeja

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni saya nak cerita detik-detik melahirkan cik puteri kedua. Semasa mengandungkan Khadeeja, sebenarnya kami suami isteri sangatlah excited sebab doktor di tempat saya check-up bagitau kami akan mendapat seorang bayi lelaki. Antara bulan keempat atau kelima doktor dah mengesahkan nampak penis baby. Apa lagi, gembira sesangat la masa tu sebab yang sulung dah dapat perempuan, bila yang kedua lelaki memanglah kami teruja. Sehinggalah kali ketiga pemeriksaan dan scan 4D doktor mengatakan ianya adalah baby lelaki.. Tapi, dalam hati takut juga kalau-kalau tersalah, jadi kami ambil keputusan untuk merahsiakan jantina bayi sehinggalah lahir, bila orang tanya baby apa, kami cakap 'Surprise'(tapi saya tau suami saya seronok sangat, dalam diam dia beritahu juga kengkawan).

Gambar scan ketika 31 minggu yang sahkan ianya boy ... Surprise hehe..
Pada bulan terakhir iaitu minggu ke 36, kereta saya dilanggar dari belakang masa drive ke ofis. Takutkan keadaan bayi, saya buat scan di klinik berhampiran rumah. Kat klinik ni pula, doktor cakap ianya bayi perempuan. Kami semacam tak percaya, sampaikan suami saya cakap 'Biar betul doktor, kami dah scan 3 kali, nampak boy. Baju semua dah beli warna biru ni.." Tapi Doktor tu nampak yakin dengan apa yang dilihat. Untuk sedapkan hati sendiri kami anggap ianya tak betul memandangkan monitor klinik ni tak terang dan 3vs1 mestilah yang 3 kali tu menangkan... hihi...

Sampailah waktu melahirkan,di Operation Theatre, saat bayi dilahirkan dan mendengar tangisan, gembira dan sayu hati ini. Doktor yang menyambut kelahiran dan jururawat terus bawa ke Recovery Room untuk cuci bayi. Selepas dicuci barulah dibawa balik ke saya, masih teringat Doktor bertanya pada saya "Puan, tengok baby apa ni?" Saya terus melihat Khadeeja, dalam terkejut, keliru, saya terdiam... agak lama... saya sangkakan ubat bius tu membuatkan mata saya kabur dan nampak bayi perempuan sehinggalah sekali lagi doktor tanya "Puan, bayi apa ni?" Barulah saya tersedar dan menjawab "Perempuan" dalam nada yang betul-betul terkejut. Jururawat terus memberi saya untuk cium, saya sempat beri salam dan cium, wangi betul bau bayi baru lahir ni.. :-)

Kali ni memang betul-betul surprise... mama dan ayah nak 'surprise'kan semua orang, last-last mama dan ayah yang kena surprise dengan Khadeeja... kami betul-betul tak sangka dan tak buat persiapan pun untuk kemungkinan dapat bayi perempuan. Masa keluar dari OT dan Recovery room, jumpa je King@ Suami, terus cakap ' Surprise, surprise, alhamdulillah semua selamat' sambil senyum :-)... Hari kedua, saya minta suami saya ambil baju Khadeeja di rumah, suami cakap almost semua warna biru ni, takde warna pink pun hehe... nama pun kami tak ready... aisshhh..

Moral of the story - tiada sesiapa yang dapat menandingi Allah yang satu, apabila Allah menyebut 'Kunfayakun' (Jadilah) maka Jadilah ia. Walau sehebat manapun kecanggihan peralatan dan kemahiran doktor, tiada yang dapat menandingiNya. Wallahualam.

Walau apa pun, kami bersyukur semuanya selamat, Sesungguhnya ia adalah anugerah yang tidak ternilai dan tiada tandingannya.... Syukran Ya Allah, terima kasih Nur Arysha Khadeeja, Sayang telah mengajar pengajaran yang paling istimewa kepada Mama dan Ayah sebaik dilahirkan, we love you so much.. 
WHAT A SURPRISE!

Khadeeja @ 50days


1 comments:

Mom&Baby House said...

comelnye khadeeja..tahniah untuk partner saya ni..semoga dengan kehadiran anak2 comel kita ni, akan memberi rezeki yang baik untuk bisnes kita ni..insyAllah..amin :-)

Post a Comment