Saturday 30 April 2011

SaraKids 2nd Grand Open Day 2011

SaraKids telah mengadakan 2nd Grand Open Day 2011 di Denai Alam Recreation Centre, Shah Alam pada 24 April yang lalu.


Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan untuk seisi keluarga semasa Open Day ini


Antaranya ialah:-


Pelancaran MODU, iaitu mesin pam terbaru yang lebih praktikal dan cantik :-), sesi tandatangan 'We Support Breastfeeding', pertunjukan fesyen, Lucky Draw, gerai jualan, aktiviti anak-anak, sesi cloth diapers dan babywearing serta banyakkkk lagi. 


Okay, sekarang kita tengok gambar-gambar yang sempat diambil:-


Gambar ini diambil semasa launching gimmick. Puteri Sara membawa MODU. Comelkan Sara bawa MODU naik kuda padi ni.. 




 Ini pula saya dan Watie sedang menunggu makanan yang belum tiba.. lapo weihhhh heheheh



 Sesi posing-posing bersama anak-anak

Salah satu sesi aktiviti bersama kanak-kanak iaitu menunggang kuda. Damia takut nak naik, ambil gambar tepi kuda pun jadi laa... heheh..

Bersama Cikgu Suraya, Cikgu saya untuk breastfeeding, kenal di alam maya dan sekarang dah jadi kawan. walaupun dah 7 bulan mengandung tapi masih maintain manisnya... Cikgu Farah ketika ini sibuk di depan, tak sempat ambil gambar heheh..



 Pentas Utama


 Di salah satu gerai jualan


 Antara tetamu yang hadir... memang ramai


Pandangan dari depan....


Semasa sesi dipertonton dan diperdengarkan dengan lagu Breastfeeding... Saya tak sempat hantar gambar sedang menyusukan Damia, dapat ambil gambar dari belakang pun  jadilaa...

Syabas dan sekalung tahniah buat Puan Farah Farhan kerana menganjurkan Open Day ini. Ianya memberi inspirasi kepada ibu-ibu untuk terus memberikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Tahniah juga buat pemenang Cabutan Bertuah dari Mom&Baby House. Enjoy shopping with us! Kalau ada wishlist jangan segan untuk beritahu kami yek.. Anda Jimat, Anda Dapat, Anda Puas Hati! :-)


Salam Sayang,

Mamas With Love 



Thursday 21 April 2011

PENGUMUMAN KHAS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman anda semua, kami perlu menukar nama ke Mom&Baby House mulai 7 April yang atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kami juga sepatutnya menukar alamat URL ini ke momnbabyhouse.blogspot.com; malangnya terdapat kesilapan teknikal semasa perpindahan URL :-(, jadi kami akan mengekalkan alamat ini sehingga diberitahu kelak.


Tak sabar untuk berkongsi kegembiraan bersama anda semua, kami paparkan sedikit UPDATE khas untuk anda semua:-


Akan siap, tidak lama lagi :-)

Salam Sayang.

Friday 15 April 2011

Tofu Tuah Mama Fiza

Nurseri anakanda tidak menyediakan makanan bagi anak-anak di bawah umur 2 tahun. Jadi, semenjak umur anakanda berumur 6 bulan, setiap pagi saya akan menyediakan makanan untuknya. Selalunya, main dish iaitu bubur saya akan masak untuk seminggu dan simpan di dalam peti ais. Tapi semenjak anakanda berumur 1 tahun 3 bulan, saya perlu mempelbagaikan makanan untuknya sebab anakanda sudah banyak tumbuh gigi :-).


Pagi ini, saya kehilangan idea hendak masak apa.. Sedang termenung, barulah nampak buku resepi Hidangan Si Cilik oleh MamaFiza. Belek-belek punya belek, saya memilih untuk memasak Tofu Tuah.

Yang paling penting, resepinya amat mudah dan sedap.

Kita tengok gambar-gambar yang sempat dirakam:-


Bahan-bahan yang digunakan. Saya tukarkan jenis sayur memandangkan saderi tiada dalam simpanan. Kentang dan zuchini bagi menggantikan saderi.


Ini pula rupa tofu yang telah digoreng


Taraaaa.. ini hasilnya..

Sayapun cubalah sedikit.. memang sedap! Saya rasa, tofu tuah ini juga boleh digunakan bagi inti Popiah Goreng..Gerenti sedap :-)

Untuk mencuba, anda bolehlah membeli buku Hidangan SI Cilik, MamaFiza keluaran PTS Publication ini di kedai buku MPH dengan harga hanyalah RM14.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM16.90 (Sabah& Sarawak)

Selain Tofu Tuah ini, saya juga bekalkan anakanda

Nasi


Buah Kiwi

Dan....


Mini Pancake


Semoga anakandaku dapat makan dengan kenyang :-)

Thursday 14 April 2011

Warisan Mama: Minyak Tradisional


Warisan Mama Traditional Oil


Minyak serbaguna yang diperbuat dari bahan-bahan yang terpilih suci dan bersih. Boleh digunakan untuk seisi keluarga. Berkesan untuk melegakan salah urat, kebas kaki dan tangan, sakit lutut, kaki lenguh-lenguh, perut kembung, sakit pinggang, gigitan serangga. Sesuai untuk ibu-ibu bersalin dan bayi yang baru lahir.

Cara pakai: Sapukan di tempat yang sakit. Untuk bayi yang baru lahir sapu di perut dan tapak kaki untuk melegakan kembung perut.

Isi kandungan: Mineral Oil, Campor Oil, Eucalyptus Oil, Citronella Tymol Crystal.

Harga: RM 28.90

Snowbear Car and Home Warmer 2-in-1



This is one versatile bottle and baby food warmer! Use it at home or while travelling in the car. Great value for money!

Features:

* Unique design: it can suit bottles of ANY size (standard or wide neck bottles/containers ie. Avent, babyfood jars)
* Keeps milk & baby food according to appropriate temperature
* Convenient to use - temperature can be easily controlled and regulated to keep warm, to heat up chilled milk/babyfood, or to sterilize feeding accessories such as spoon!
* A fast and safe way to warm expressed breast milk, beverages or baby food
* Comes with a car adapter so it can be used while travelling!
* Can be used with or without water

6 months warranty


Mamas Note: Easy to handle. No more hassle for your nursery/ babysitter or husband if you are away from baby(working/outstation)

Price: RM 99.90

Nutri 99

NUTRI 99 SOYA DRINK


Soya Milk With Aloe Vera
* Breast Milk Booster For Nursing Mother
* Dietary Supplement
* Organic Soya Beans
* Low sugar

UNIQUE, NOURISHING AND DELICIOUS

RM 25.90

Warisan Mama: Sauna Bath (Mandian Sauna)

Warisan Mama Sauna Bath


For health and freshness of mother body after postnatal. Produced from selected leaves for body freshness for mother that have just given birth and for reduce feeling of pressure or tired.

Price: RM 15.90

Salam Sayang

Warisan Mama: Krim Tradisional


Warisan Mama Krim Tradisional


Krim serbaguna yang diperbuat dari bahan-bahan yang terpilih dan suci bersih. Boleh digunakan untuk seisi keluarga. Ianya berasaskan air dan tidak melekit. Berkesan untuk melegakan salah urat, kebas kaki dan tangan,kebas jari, tumit kaki dan sakit tapak kaki, sakit lutut,bengkak,gaut, kaki lenguh-lenguh, kaki krem,perut kembung, sakit dada, sakit pinggang,sakit belakang, bisul, jerawat, gatal-gatal, gigitan serangga dan sesuai untuk ibu-ibu bersalin

Cara Pakai: Sapukan ditempat yang sakit

Isi Kandungan: RO Water, Jojoba Oil, Parafin Oil, Aloe Vera, Peppermint Oil.

Harga: RM 29.90

Salam Sayang

Tuesday 12 April 2011

Fabulous Mom: Washable Bra Pads (6pcs)




Fabulous Mom Washable Bra Pads are thoughtfully designed for our fabulous nursing moms!

Features:

* Absorb milk leakage which prevents unsightly milk spots
* Brushed cotton lining which is soft and gentle against the skin
* Seamless and contoured for good and comfortable fit
* Beautiful lacy non-slip backing helps to hold pads in place
* Washable and reusable - Value Buy and Save the Earth too

Contains 4 layers:

a lace outer layer, a waterproof layer, an absorbent layer, and an inner layer of soft, brushed flannel. Breathable materials for complete air circulation.

Mamas Note: I have tried the bra pads. It is absolutely great, the cotton is soft and gentle to skin..You can just dump in the washing machine without worries ;-)


Price:- RM 15.90
Available Colour: White & Nude



Salam Sayang

Warisan Mama: Bedung Bayi (Baby Wrap)



Bedung bayi digunakan untuk bayi merasa hangat, selesa dan selamat seolah-olah dipeluk.

Saiz bedung ini adalah 29" x 29"
Terdapat 2 pilihan warna iaitu P02 dan B02

Harga: RM 25.90

Salam Sayang

Warisan Mama: Barut bayi (Baby Binder)




Barut bayi keluaran Warisan Mama ini berfungsi untuk mengurangkan perut kembung bagi bayi yang baru dilahirkan.

Diperbuat dari kain cotton lembut dan dengan corak yang menarik, ianya amat selesa untuk bayi :-)

Ianya mempunyai 2 saiz iaitu Saiz 1 dan Saiz 2 dan setiap set ini didatangkan dengan 2 helai barut.

Saiz 1 (Tinggi: 13cm, Lebar: 52cm)
Pilihan corak : B03 & Purple Cartoon
Harga: RM 16.90

Saiz 2 (Tinggi: 15cm, Lebar: 52cm)
Pilihan corak: R01, P02
Harga: RM 17.90

Salam Sayang

Monday 11 April 2011

Fabulous Mom: Nursing Poncho

Kini, para ibu tidak lagi boleh mencari alasan 'Malu' dan membuat keputusan tidak menyusukan bayi mereka ketika di tempat awam.

Antara aksesori popular bagi melengkapkan lagi penyusuan anak ini adalah dengan pemakaian nursing poncho semasa menyusukan bayi secara terus (direct). Salah satunya ialah dengan pemakaian Fabulous Mom Nursing Poncho.




Terdapat dalam 5 corak yang berlainan iaitu:-



Black Polka




Blue Polka




Peach Floral


Nursing poncho is fashionably and thoughtfully designed with both moms and babies in mind. It allows even the most modest or modern moms the freedom of breastfeeding in public.

Features

* Hip and stylish which is great for any occasions, be it for weekend outing or evening dinner.
* Use it in multi ways to suit your very own style, you can use this beautiful poncho as a decorative item or just to keep you warm when you are not using it for breastfeeding purpose.
* The lightweight and cool material is especially comfortable for our tropical weather, even though if you have picked the dark color poncho.
* Briefly see-through fabric will provide a sense of security to baby for being able to see the surrounding – no one likes to dine in the dark and yet it's discreet enough for an enjoyable nursing moment, not forgetting that it's completely breathable.
* Free Size
* Made in Malaysia with much of love and passion to help mothers to breastfeed in public confidently.


Hanya RM 59.90


Salam Sayang

Sunday 10 April 2011

DOA UNTUK IBU MENYUSU





"Ya ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Permudahkanlah segala urusan kehidupanku,
Luaskan dan lapangkanlah rezeki buatku,
Banyakkanlah susuku untuk anakku,
Permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Selain itu, amalkanlah dan istiqamah dengan berzikir :
YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Zikir dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah. InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah...Amin...

Saturday 9 April 2011

Craft Clay Class

Asyik bercerita pasal barang-barang aje, kali ni kita sembang-sembang Ahad pulak ye. Kita tengok apa aktiviti saya dan Watie pada Khamis lepas :-)

Saya dan Watie berkesempatan untuk menghadirin Seminar Keusahawanan dan Bengkel 3K anjuran Puspanita Kebangsaan.

Pada mulanya, kami bercadang untuk mengambil kelas masakan coklat. Malangnya, apabila sampai untuk pendaftaran kelas telah penuh. Terdapat 8 pilihan yang lain seperti kelas facial, masakan coklat, masakan lasagne dan spagheti, urutan dan refleksologi dan lain-lain. Kami bercadang untuk menukar kelas ke kelas masakan lasagne dan spagheti, tetapi merasakan agak senang...kononnyalah kan
Jadi, kami tukar kelas Craft Clay sebab ianya sungguh comel :-)

Sebelum tu, ada 2 Seminar Keusahawanan dari usahawan-usahawan yang telah berjaya. Terus bangkit semangat untuk meningkatkan lagi perniagaan ni. Selain tu, ada booths yang disediakan oleh para Cikgu-cikgu kelas ni. Kami tak sempat ambik gambar booths ini sebab kami sibuk nak rasa coklat di booth coklat hihi (Maklumlah udah tak dapat ke kelas coklat, dapat makan pun jadilah kekekek)

Barulah kami tahu betapa rumitnya craft clay ini (bagi kamilah hihi).. Ianya memerlukan perhatian, kesabaran dan kesungguhan untuk menghasilkan clay yang cantik dan digilai ramai.


Kita lihat apa hasilnya:-


Spice jars yang telah siap :-) Belah kiri Watie punya, yang kanan tu saya punya :-)




Spice Jar pandangan atas




Yang ni pulak, saya buat khas untuk anakanda tersayang... tepi tu dah retak skit sebab saya dah malas nak betulkannya..hehhehe




Yang ni pulak, saya gelarkannya twinkle twinkle little star... Damia suka nyanyi lagu ni :-)




Kedua-dua keychains



Semasa belajar, salah seorang dari pelajarnya adalah Cikgu Seni, jadi lagi gabra lah.. Kakak-kakak lain pun berseni... Orang lain dah buat B, kami baru buat A hehehe..

Jadilah, buat permulaan. Nanti saya akan update apabila clay telah kering sepenuhnya
Nanti bolehlah buat aktiviti bersama anakanda, instead of main tanah liat yang akhirnya akann dibuang.. baik main ni ada juga hasilnya.

Bagi anda yang ingin mencuba, boleh beli clay dan peralatan lain di kedai kraf. Sekiranya ingin beraktiviti bersama anak-anak, clay ini hanya boleh bermain untuk anak-anak 3 tahun ke atas sahaja yang anak-anak anda sudah mengerti untuk tidak memasukkan barang-barang ke dalam mulut seperti anakandaku hihihi.

Salam Sayang

Mom2Baby House akan berwajah baru

Mom2Baby House akan berwajah baru dalam masa 2 minggu.
Mom2Baby House juga telah bertukar nama kepada Mom&Baby House atas sebab-sebab tertentu.

Jadi, nantikan kemunculan wajah baru Mom&Baby House!

Salam Sayang

Thursday 7 April 2011

Akan Datang : Pam Penyusuan Terbaru - MODU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pam Penyusuan terbaru dipasaran dan diberi nama Modu yang bermaksud mother's breast ini adalah diinpirasikan oleh Kaunselor Penyusuan Terkenal, Puan Farah Farhan.





Kita lihat apa kelebihan Modu ini:-

* Pam berganda 2 – double pumping – didatangkan dengan 2 set utk kegunaan pam berganda di dalam satu kotak – tak perlu beli aksesori tambahan. Semuanya 2.

* Mempunyai 6 level digital, level 1 dan 2 utk fasa stimulasi, dan seterusnya level 3 utk fasa vakum

* Pam penyusuan yang menyerupai nada hisapan bayi (mimic baby’s suction)

* Pam penyusuan yang tidak akan sekali-kali backflow

* Pam penyusuan yang mempunyai side function – nasal suction (utk bayi) dan cleaning function (akan di demo semasa pelancaran)

* 2 corong silikon – selesa dan tidak menyakitkan

* Pam FULLY elektrik (tiada battery operated) yang mempunyai jangka hayat sehingga 2000 jam.

* Tekanan 500 – 1060 hPa

* Berat: 700 gram sahaja

* Warna: PINK

* Warranty: 1 tahun

Harganya ialah RM599.Dan harga promosi hanya RM559.
Maaf, tawaran RM499 itu hanyalah untuk 40 orang pertama menempah bersama Sarakids yang mana kuota telah penuh.

Good news untuk ibu-ibu yang ingin membeli Modu ini, anda bolehlah mula menempah Modu ini dengan kami sekarang :-).
Sila emailkan di mom2babyhouse@gmail.com dengan menyertakan nama, alamat dan no telefon.
Anda tidak perlu sertakan sebarang deposit, kami akan menghubungi anda sebaik Modu berada di pasaran.

Insya Allah, penghantaran akan dibuat setelah anda membuat pembayaran penuh yang mana tertakluk kepada First Come, First Serve Basis :-).

So, apa tunggu lagi?

Salam Sayang

Invitation to Sara Kids-2nd Grand Open Day

Dear Mommies and Daddies,

:-) :-) :-)

You are cordially invited to the Sara Kids 2nd Grand Open Day as below:-






For more information please click:- www.sarakids.com/blog

See you there!

Salam Sayang

Monday 4 April 2011

Tawaran Istimewa bagi Pra Pembukaan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Keputusan untuk membuka kedai secara online adalah keputusan yang dirancang dengan teliti kerana minat kami di dalam bidang perniagaan serta cinta kami dalam pembesaran kepada anak-anak dalam memberi yang terbaik kepada mereka.

Justeru itu, kami amat teruja untuk berkongsi kegembiraan dan pengalaman dalam membesarkan anak-anak kami dengan penyusuan penuh melalui gajet-gajet penyusuan yang terkini dengan anda semua melalui laman ini.

Memandangkan perniagaan ini seputik jagung, kami berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anda semua. Produk-produk penyusuan ini akan sentiasa dikemaskini untuk keselesaan anda. Kami juga di dalam proses untuk muatnaik pakej-pakej, barangan penyusuan dan kemaskini laman ini. Sekiranya ada barangan yang tiada di dalam laman ini, jangan malu-malu, jangan segan-segan untuk menghantar email atau sms kepada kami.

Bagi pra-pembukaan ini kami menawarkan diskaun sebanyak 5% bagi mana-mana single products... Hanya untuk anda :-)

Sebarang cadangan, alu-aluan, idea dan sokongan anda amatlah kami hargai.

p/s Diskaun ini tamat pada 30 April 2011

Salam Sayang

Warisan Mama: Package Deals

Warisan Mama menawarkan pelbagai barangan keperluan ibu dan bayi semasa pantang.

Kini, Warisan Mama menawarkan tawaran pakej seperti berikut:-


Warisan Mama Pakej Set Ibu Bersalin (basic package)-SET A



Pakej Set Ibu Bersalin (basic package)-SET A

* Bengkung (S Size)
* Krim Tradisional
* Mandian Herba

Harga RM135.70
Kini Hanya: RM110.00



Warisan Mama Pakej Set Ibu Bersalin (with tungku)-SET B



Pakej Set Ibu Bersalin (with tungku) -SET B

* Bengkung (M Size)
* Tungku
* Mandian Herba
* Krim Tradisional

Harga: RM225.60
Kini Hanya: RM200.00



Warisan Mama Pakej Bayi



Warisan Mama Pakej Bayi

4 helai Barut Bayi (M size)
1 helai Bedung
1 Minyak urut tradisional ibu & bayi

Harga: RM90.60
Kini Hanya: RM80.00

Salam Sayang

MAM Bottles

Dear valued customers,

Various MAM Bottles for your babies :-)


MAM Ultivent Anti Colic Bottle 160ml/5oz


Features:-

Sealing cap for spill-free travel
Silky soft MAM UltiVent nipple encourages suckling action just like during breast-feeding
MAM shaped orthodontic nipple, trusted by mothers for over 20 years
Wide mouth for easy filling
Easy-to-read scale for accurate measuring
Anti colic MAM UltiVent valve means less gas for baby
Removable base for easy cleaning
MAM Care bottles are made of polypropylene and do not contain bisphenol A

Price RM 33.50



MAM Ultivent Anti Colic Bottle 260ml/9oz



Features:-

Sealing cap for spill-free travel
Silky soft MAM UltiVent nipple encourages suckling action just like during breast-feeding
MAM shaped orthodontic nipple, trusted by mothers for over 20 years
Wide mouth for easy filling
Easy-to-read scale for accurate measuring
Anti colic MAM UltiVent valve means less gas for baby
Removable base for easy cleaning
MAM Care bottles are made of polypropylene and do not contain bisphenol A

Price: RM 37.00


Other MAM Bottles:-
MAM Feeding Bottle (270ml) - RM25.00 
MAM Feeding Bottle (330ml) - RM 29.50 



Salam Sayang

Sunday 3 April 2011

OPENING PROMOTIONS APRIL 2011

Pakej ini direka khas untuk ibu-ibu gorgeous,bagi membangkitkan semangat memberi penyusuan penuh kepada anak-anak yang kiut miut itu...

CEPAT, JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI!!
ANDA LEPASKANNYA, ANDA RUGI!!!

Promosi ini hanya sehingga 30 April 2011 aje tauuu!!!





Hanya RM 350.00




Hanya RM 535.00




Hanya RM 700.00




Hanya RM 720.00




Hanya RM 180.00




Hanya RM 125.00




Hanya RM 79.90

Salam Sayang