Saturday 21 May 2011

Susu Ibu: Mengapa penting membuat penyimpanan stok?

Disclaimer: Ini adalah situasi yang pernah saya lalui, cadangan bagi perkara di bawah juga adalah melalui pengalaman saya yang mana saya ingin berkongsi dengan anda. Sekiranya anda ada sebarang kemusykilan atau masalah penyusuan, anda bolehlah terus menghubungi Kaunselor Penyusuan yang berdekatan dengan anda.

Penyimpanan stok susu ibu adalah amat penting bagi ibu-ibu bekerjaya dan juga suri rumah yang mana melibatkan situasi yang memerlukan berjauhan dengan anak anda. 

Pengalaman menyusu Damia selama 1tahun setengah telah mengajar saya kepentingan penyimpanan stok. Tambahan pula tuntutan kerjaya yang kadangkala perlu bertugas luar kawasan (outstation). Bila berjauhan bersama memanglah amat rindu, tapi saya tau saya sentiasa di hatinya apabila masih dapat menikmati susu ibu. Bak kata orang, walaupun berjauhan, dihati masih dekat :-D . Ada masa susu merudum, saya pernah batuk lebih kurang sebulan, susu merudum gila-gila, sampai stok pun habis sehingga tinggal kais pagi mkn pagi, kais petang makan petang... huhuh.. tak boleh dikenang saat itu..

Okay, antara kepentingan membuat penyimpanan stok adalah seperti berikut:-

i) Ibu-ibu keluar bekerja waktu hari biasa
Bagi ibu-ibu yang keluar bekerja, anda perlulah membekalkan stok susu ibu sekurang-kurangnya 5 bungkus (kiraan bayi anda minum setiap 3 jam dan anda keluar bekerja selama 15jam; termasuk perjalanan + traffic jammed) 

ii) Ada waktunya ibu-ibu akan demam, kurang sihat, stress 
Pemakanan ubat, badan yang lemah akan membolehkan kurangnya pengeluaran susu ibu terutama apabila makan ubat batuk. kalau ikut pengalaman saya sekurang-kurangnya seminggu baru pengeluaran susu seperti sediakala, itupun kalau kita tak skip mengepam dan beri susu secara direct. Sekurang-kurangnya perlu ada stok ini untuk 3 hari.

ii) Ada waktunya ibu-ibu perlu bekerja luar, kursus
Apabila majikan menghantar ibu-ibu bekerja diluar kawasan atau menghantar ke kursus, bayi anda masih boleh menikmati susu anda sepenuhnya. 
Contoh:- Majikan menghantar ibu ke kursus selama 3 hari yang melibatkan bermalam di luar, jadi para ibu perlu memastikan stok susu ibu perlu ada sekurang-kurangnya 30 bungkus bagi 3 hari itu (1 bungkus bersamaan 3-4oz, kiraan sehari 10 bungkus) 

iii) Ada waktunya ibu-ibu nak dating/berjimba dengan suami atau kengkawan (suri rumah pun boleh ambil kira ni ye)
Haa yang ni pun kena ambil kira... Kalau ibu-ibu nak dating/ bjimba, pastikan bekalan yang kita berikan cukup kepada yang menjaga bayi. Contoh:- Nak tgk wayang + dinner.. Kita perlu estimate masa yang paling maksimum, contohnya 6 jam .. jadi kita bekalkan sebanyak 3-4 bungkus

iv) Ada waktunya anak kita kena 'kidnap' dengan saudara mara untuk keluar berjalan-jalan
Haaa yang ni kita perlu tanya dululah berapa lama masa yang diambil kepada saudara mara kita. Jadi kita boleh bekalkan susu yang mencukupi untuk anak-anak kita. 

Ini adalah gambaran kepada ibu-ibu mengapa perlunya membuat stok.. Memang kadang-kadang bila penyakit 'M' datang kita akan leka untuk tidak mengepam.. tetapi jangan biarkan lama-lama okay :-)

Happy Breastfeeding!

Thursday 19 May 2011

Car Power Inverter

Kadangkala waktu mengepam kita terganggu apabila kita terperangkap di dalam kesesakan lalulintas. Apa yang anda boleh lakukan ialah menggunakan Car Power Inverter untuk sesi pengepaman.

Ianya digunakan untuk menggantikan elektrik semasa berada di dalam kereta. Car Power Inverter ini menggunakan 150W boleh digunakan untuk mesin pam susu elektrik samada single atau berganda. Selain itu, anda boleh menggunakannya untuk vacuum, mengecas laptop, kamera, ipod dan lain-lain.

Anda hanya perlu cucuk sahaja di palam pencucuh. Klik pada butang On, dan klik butang pam susu anda. Senang ajekan?

Ok, Ini antara sesi pengepaman saya di dalam kereta. Sesi pengepaman ini dibuat dengan menggunakan pam Modu :-). Kebiasaan saya menggunakan Car Power Inverter  ini apabila tidak sempat mengepam ditempat kerja pada sesi petang. Nak tunggu sampai rumah nak pam, memang tak sempat sebab nak melayan anak. Tambah-tambah terperangkap dalam traffic jammed, tau-tau ajelah rasanya. Jadi, bila dah ada Car Power Inverter ni, sesi pengepaman bukan lagi satu masalah :-)




Berminat untuk mendapatkannya? Harganya hanya RM99 sahaja.



Nutri 99 - Cara-cara membuat Nutri 99 kawww punya

Hari ni saya nak tunjukkan cara-cara membuat Nutri99 lebih kaww punya hehe....




Pertama:-
Masukkan Nutri 99 ke dalam bekas air/shaker. Sebaiknya gunakan shaker yang mempunyai ukuran ml.




Kedua:-
Masukkan air sebanyak 160ml. Menariknya, anda boleh menggunakan air suam, air masak/jarang mahupun air sejuk :-)



Ketiga:-
Tutup shaker dan goncangkannya supaya bancuhan serata.



Keempat:-
Dah siap! Anda boleh minum terus atau masukkan dalam peti ais :-)




Ini pulak model Nutri 99 yang boleh minum 1 shot hehe. Jadi, Mama kena minum sorok-sorok hehe.



Kalau anak pun dah suka, maknanya rasanya memang sedaplah. Masih belum cuba? Anda boleh dapatkannya dengan harga RM25.90 sebungkus. Sebungkus mengandungi 15 paket :-)

Sesiapa yang dah cuba, jom kongsikan pengalaman anda di sini. Entry akan datang, mengenai testimoni Nutri 99.

Friday 6 May 2011

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum semua,

Kami bersiaran dari Melaka, jauh dari keluarga untuk urusan kerja hehehe..

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua mak, mummy, mama, ummi dan apa jua panggilan untuk anda, wanita yang hebat-hebat belaka. Semoga anda semua dipanjangkan umur, diperluaskan rezeki yang halal dan diberikan kesihatan yang untuk kita sama-sama dapat membesarkan anak-anak kita.

Insya Allah, selepas urusan selesai kami akan kembali bersama keluarga untuk Hari Ibu. Hari minggu ini kami bercuti untuk menghabiskan masa bersama keluarga, kami percaya anda juga begitu. :-)

Kepada bapa-bapa dan anak-anak yang masih belum membeli gift sempena Hari Ibu ini, apa kata anda lihat-lihat page ini, kami percaya anda boleh sesuatu yang istimewa dari kami :-)

~Enjoy your weekend with your loved ones~

Mamas with love

Thursday 5 May 2011

Mari berpantang Bersama Shaklee

Sejak mengenali Shaklee, saya tidak mengambil sebarang jamu. sebaliknya, saya mengambil set berpantang

Shaklee yang terdiri daripada :
  • - Vita-Lea @ multivitamin : mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh, terutama kepada ibu kerana ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin.
  • B Complex : penting untuk elak kemurungan (meroyan, sebagai penenang (anti-stress) & menstabilkan hormon
  • Vitamin C : Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. 
  • Zinc      : membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka dalaman (rahim). Bagi anda yang tidak makan ikan haruan, mahupun pati ikan haruan, Zinc supplements adalah yang terbaik untuk anda. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas melahirkan.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin.
  • Minum Air : Pengambilan Vitamin perlu diikuti dengan pengambilan air masak yang cukup sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari
Selain daripada itu, saya juga add-on Alfalfa dan ESP sebagai milk booster.(TUNGGU ENTRY AKAN DATANG YER BERKENAAN MILK BOOSTER).
tapi jangan lupa berbengkung dan berurut tau!!;-)

Jatuh Cinta Dengan SHAKLEE

Saya tak suka makan supplement!! rasa cam leceh jer dan juga MALAS nak ikut rutin makan supplement!!!tapi itu dulu..sebelum saya mengenali SHAKLEE..:-)

satu hari tu saya demam, and seperti biasa saya pergi ke klinik kegemaran saya, apa lagi kalau bukan 'Klinik Homeopati Selayang'..oh yess..selit sikit, saya sangat serasi dengan ubat2 homeopati, alhamdulillah..dah lebih 5 tahun saya tak ambik panadol, ubat tahan sakit, ubat batuk, ubat selsema dan sebagainya....:-)
okay, sambung balik..

disamping ubat2 homeopati, dr bekalkan vitamin B Complex..

Apakah B Complex?
B complex terdiri dari kumpulan lapan (8) vitamin B iaitu thiamin (B-1), riboflavin (B-2), niacin (B-3), pantothenic acid (B-5), pyridoxine (B-6), folic acid (B-9) and cobalamin (B-12) dan Biotin.

Kebaikan vitamin B Complex:
• Mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan.
• Membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran.
• Menukarkan makanan kepada tenaga-menolong memetabolismekan karbohidrat, lemak dan
protein.
• Mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina.
• Menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik.

Bila dapat vitamin tu, dalam hati berkata-kata..ala, dr nie..apasal pulak dia suh makan vitamin ni! Malasnye!!Tapi dalam malas-malas tu, makan jugaklah..and guess what?? saya cam pelik!!
badan rasa segar... tidak letih.. balik rumah masih boleh bersilat di dapur.. anak meragam pun tak marah-marah.. bangun pagi pun senang... EHHH... aku makan ape nie yer? adakah sebab pengambilan B Complex nie? so,saya call dr sabri.. dan sah la.. dr kate tu kesan pengambilan B Complex. Terus saya tanye.."brand ape tu dr?" - SHAKLEE, jawab dr..

teruja nyee..alhamdulillah,sejak hari itu, saya merupakan pengamal supplement yang tegar sehingga hari ini. Dah dua tahun saya mengamalkannya.. alhamdullilah, dengan izin Allah, saya mendapat manfaat daripada SHAKLEE...Terima kasih Shaklee...

ha, inilah dia B-Complex SHAKLEE...saya sangat sukakannyee..:-)



Siapa sebenarnya yang perlu B Complex?

Semua individu perlukan vitamin B terutama mereka yang:-
• Terdedah kepada sinaran matahari
• Terdedah kepada tekanan kerja dan beban kerja yang banyak
• Mereka yang mempunyai sakit kencing manis , tekanan darah tinggi, migraine
• Mereka yang tidak dapat focus dalam pekerjaan yang dilakukan.
• Mereka yang hendak menjaga kecantikan tubuh badan
• Mereka yang nak nampak cantik dan muda
• Mereka yang mengandung dan menyusukan anaknya
• Wanita yang mengambil pil perancang

So, dah tau kelebihan dan pentingnye B-Complex ni, jom la cuba hari ini juga. Call mama watie atau mama sham  ye..