Monday 15 September 2014

Tanamera : Set Bersalin



Set Bersalin Tanamera
Apa yang bagusnya set ini ? Bagi saya set ini sudah cover luar dan dalam !

1- Minyak Kelapa Dara 100 ml
Minyak kelapa dara kaya dengan asid laurik, satu struktur molekul rantaian asid lemak sederhana yang unik, berciri anti-virus, anti-bakteria dan anti kulat. Asid laurik yang sama boleh didapati dalam susu ibu sebab itulah bayi yang diberi susu ibu mempunyai sistem imun yang lebih tinggi berbanding bayi yang tidak diberi susu ibu. Untuk mengekalkan kesihatan yang baik, orang dewasa disarankan minum 2 hingga 3 sudu minyak kelapa dara setiap hari.

Penggunaan minyak kelapa dara amat disarankan bagi ibu-ibu mengandung untuk disapu dan urut pada kawasan perineum supaya kawasan tersebut lembap dan lembut, juga diminum beberapa minggu sebelum melahirkan. Langkah-langkah ini untuk membantu memudahkan proses melahirkan tanpa sebarang koyakkan faraj.

2- Herba Pembersih Wanita 10gm X 14 sachet
Campuran herba-herba yang kaya dengan ciri anti-bakteria dan anti-radang. Menyembuh jahitan dan mengurangkan bengkak.
Menggalakkan penyembuhan tisu, menguatkan otot-otot dan merapatkan faraj. Memastikan bahagian faraj sentiasa bersih, segar dan tidak berbau.
Baik untuk mereka yang mengalami keputihan.

3- Herba Mandian 10gm X 14 sachet
Dirumus dengan campuran herba-herba tradisional yang kaya dengan pati minyak dan berciri anti-radang dan memanaskan badan cara semula jadi. Menyegar, memulihkan tenaga dan menghilangkan bau badan.
Melegakan otot-otot yang lesu dan tegang, dan meredakan masalah kulit yang ringan.
Menggalakkan pembuangan angin dan air yang berlebihan dalam badan

4- Sabun Mandi Herba 125 gm- Kegemaran saya !
Sabun yang dirumus dari campuran beras dengan herba-herba tradisional seperti kunyit, halia liar dan kayu manis ditambah dengan minyak pokok nilam yang kaya dengan wangian eksotik dan duniawi untuk memberi kesan aromaterapi.Membuang sel-sel kulit yang mati dan merangsang peredaran darah.Merawat masalah kulit secara menyeluruh
Berkesan dalam menanggalkan tompok hitam pada leher, ketiak, paha, perut dan melegakan ruam kulit.

5- Minyak Urut Herba 100 ml
Minyak semulajadi yang mengandungi serai dan berbagai herba tropika. Merangsang peredaran darah, menggalakkan pengeluaran angin dan air
Ia juga merangsang metabolisma, menyubur dan menyihatkan kulit selain
membantu sistem limfa untuk mengeluarkan bahan-bahan buangan dalam badan.Memberi ketenangan, merehatkan minda kesan dari bauan aromaterapinya. Melegakan sakit belakang, ketegangan bahu serta leher dan kaki yang bengkak
Disyor guna apabila berurut sebelum dan selepas bersalin. Jangan sapu dibuah dada bagi ibu-ibu yang menyusu badan

6- Bengkung
Bengkung adalah rahsia untuk mendapat bentuk badan asal selepas bersalin. Bengkung TANAMERA direka untuk mudah dipakai, dengan kain kapas yang tidak luntur dan lembut untuk keselesaan memakai sehingga 24 jam. Direka bentuk untuk memberi mengemaskan perut yang kendur
Memberi sokongan dari bawah dada hingga kebawah punggung. Membantu mengeluarkan angin dan takungan air berlebihan, menyembuh dan menegangkan otot perut.Menggalakkan pengecutan rahim supaya pulih seperti sebelum hamil.
Menyokong postur belakang supaya tidak membongkok semasa menyusukan bayi. Kami syorkan pemakaian bengkung sekurang-kurangnya 12 jam setiap hari, dari hari pertama lepas bersalin sehingga ke hari 30, sekurang-kurangnya.Untuk ibu yang melahir cara pembedahan, gunakan bengkung selepas jahitan kering dan sembuh, biasanya lepas 14 hari

7- Tapel 5gm X 14 sachet
Pes campuran herba-herba tradisional untuk membantu menguat dan menegangkan otot-otot perut dari bahagian dalam hingga ke bahagian luar .Menggalakkan pengeluaran angin dan air berlebihan dalam badan, sekali gus menurunkan berat badan.Merangsang pengaliran darah ke bahagian perut dan menegangkan kulit perut yang kendur. Mengurangkan tompok-tompok hitam di perut

8- Pilis 3 gm X 4 sachet
Pes campuran herba-herba tradisional. Menyegarkan mata dan minda yang letih disebabkan oleh kekurangan tidur atau tekanan. Menajamkan pemikiran dan memberikan rasa ketenangan.Melegakan sakit kepala dan migrain

9- Teh Herba 2 gm X 14 sachet
Teh campuran herba yang dirumus cara semulajadi, tanpa mengandungi sebarang kafein, untuk membantu ibu yang baru bersalin pulih dengan cepat.Menggalakkan pertambahan susu badan
Memanaskan badan cara semulajadi dan menggalakkan peredaran darah
Menggalakkan pembuangan darah kotor dan beku dari rahim semasa tempoh pendarahan selepas bersalin. Mengurangkan keradangan pada bahagian rahim dan bahagian kemaluan.Melegakan masalah sembelit.Menggalakkan pengeluaran air dan angin yang berlebihan dan mengurangkan buncit

10 - Lulur Badan Herba / Boreh scrub 20gm X 4 sachet.
Boleh digunakan 8 kali, Campuran herba-herba yang berciri memanaskan badan cara semula jadi. Menyegarkan dan memulihkan badan yang letih dan lesu. Merangsang peredaran darah. Mengeluarkan angin dan takungan air berlebihan dalam badan. Memudarkan tompok hitam diperut, leher, ketiak dan peha disebabkan oleh perubahan hormon

Tidak banyak yang perlu ditelan. Cukup segala untuk pemulihan luar dan dalam. Layanan SPA kelas pertama dirumah

Setiap pembelian Set Tanamera dengan kami , anda mendapat Tungku Garam Ibu secara percuma bernilai RM 60 ! * selagi stok masih ada

Tungku Garam ialah gabungan Garam kristal laut dan herba Jerangan yang sangat berkesan untuk membuang angin dalam badan dan juga untuk melancarkan perjalanan darah. Garam ini perlu dipanaskan dengan sangai dialam kuali dengan api kecil selama 1 -2 minit. Tungku di bahagian tengkuk , ketiak dan ari ari yang menjadi tempat pengumpulan darah kotor.

Harga: RM335.00
Pos Citylink : RM15.00



0 comments:

Post a Comment