Monday 4 April 2011

Tawaran Istimewa bagi Pra Pembukaan

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Keputusan untuk membuka kedai secara online adalah keputusan yang dirancang dengan teliti kerana minat kami di dalam bidang perniagaan serta cinta kami dalam pembesaran kepada anak-anak dalam memberi yang terbaik kepada mereka.

Justeru itu, kami amat teruja untuk berkongsi kegembiraan dan pengalaman dalam membesarkan anak-anak kami dengan penyusuan penuh melalui gajet-gajet penyusuan yang terkini dengan anda semua melalui laman ini.

Memandangkan perniagaan ini seputik jagung, kami berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anda semua. Produk-produk penyusuan ini akan sentiasa dikemaskini untuk keselesaan anda. Kami juga di dalam proses untuk muatnaik pakej-pakej, barangan penyusuan dan kemaskini laman ini. Sekiranya ada barangan yang tiada di dalam laman ini, jangan malu-malu, jangan segan-segan untuk menghantar email atau sms kepada kami.

Bagi pra-pembukaan ini kami menawarkan diskaun sebanyak 5% bagi mana-mana single products... Hanya untuk anda :-)

Sebarang cadangan, alu-aluan, idea dan sokongan anda amatlah kami hargai.

p/s Diskaun ini tamat pada 30 April 2011

Salam Sayang

0 comments:

Post a Comment