Saturday 9 April 2011

Craft Clay Class

Asyik bercerita pasal barang-barang aje, kali ni kita sembang-sembang Ahad pulak ye. Kita tengok apa aktiviti saya dan Watie pada Khamis lepas :-)

Saya dan Watie berkesempatan untuk menghadirin Seminar Keusahawanan dan Bengkel 3K anjuran Puspanita Kebangsaan.

Pada mulanya, kami bercadang untuk mengambil kelas masakan coklat. Malangnya, apabila sampai untuk pendaftaran kelas telah penuh. Terdapat 8 pilihan yang lain seperti kelas facial, masakan coklat, masakan lasagne dan spagheti, urutan dan refleksologi dan lain-lain. Kami bercadang untuk menukar kelas ke kelas masakan lasagne dan spagheti, tetapi merasakan agak senang...kononnyalah kan
Jadi, kami tukar kelas Craft Clay sebab ianya sungguh comel :-)

Sebelum tu, ada 2 Seminar Keusahawanan dari usahawan-usahawan yang telah berjaya. Terus bangkit semangat untuk meningkatkan lagi perniagaan ni. Selain tu, ada booths yang disediakan oleh para Cikgu-cikgu kelas ni. Kami tak sempat ambik gambar booths ini sebab kami sibuk nak rasa coklat di booth coklat hihi (Maklumlah udah tak dapat ke kelas coklat, dapat makan pun jadilah kekekek)

Barulah kami tahu betapa rumitnya craft clay ini (bagi kamilah hihi).. Ianya memerlukan perhatian, kesabaran dan kesungguhan untuk menghasilkan clay yang cantik dan digilai ramai.


Kita lihat apa hasilnya:-


Spice jars yang telah siap :-) Belah kiri Watie punya, yang kanan tu saya punya :-)




Spice Jar pandangan atas




Yang ni pulak, saya buat khas untuk anakanda tersayang... tepi tu dah retak skit sebab saya dah malas nak betulkannya..hehhehe




Yang ni pulak, saya gelarkannya twinkle twinkle little star... Damia suka nyanyi lagu ni :-)




Kedua-dua keychains



Semasa belajar, salah seorang dari pelajarnya adalah Cikgu Seni, jadi lagi gabra lah.. Kakak-kakak lain pun berseni... Orang lain dah buat B, kami baru buat A hehehe..

Jadilah, buat permulaan. Nanti saya akan update apabila clay telah kering sepenuhnya
Nanti bolehlah buat aktiviti bersama anakanda, instead of main tanah liat yang akhirnya akann dibuang.. baik main ni ada juga hasilnya.

Bagi anda yang ingin mencuba, boleh beli clay dan peralatan lain di kedai kraf. Sekiranya ingin beraktiviti bersama anak-anak, clay ini hanya boleh bermain untuk anak-anak 3 tahun ke atas sahaja yang anak-anak anda sudah mengerti untuk tidak memasukkan barang-barang ke dalam mulut seperti anakandaku hihihi.

Salam Sayang

0 comments:

Post a Comment