Saturday 21 May 2011

Susu Ibu: Mengapa penting membuat penyimpanan stok?

Disclaimer: Ini adalah situasi yang pernah saya lalui, cadangan bagi perkara di bawah juga adalah melalui pengalaman saya yang mana saya ingin berkongsi dengan anda. Sekiranya anda ada sebarang kemusykilan atau masalah penyusuan, anda bolehlah terus menghubungi Kaunselor Penyusuan yang berdekatan dengan anda.

Penyimpanan stok susu ibu adalah amat penting bagi ibu-ibu bekerjaya dan juga suri rumah yang mana melibatkan situasi yang memerlukan berjauhan dengan anak anda. 

Pengalaman menyusu Damia selama 1tahun setengah telah mengajar saya kepentingan penyimpanan stok. Tambahan pula tuntutan kerjaya yang kadangkala perlu bertugas luar kawasan (outstation). Bila berjauhan bersama memanglah amat rindu, tapi saya tau saya sentiasa di hatinya apabila masih dapat menikmati susu ibu. Bak kata orang, walaupun berjauhan, dihati masih dekat :-D . Ada masa susu merudum, saya pernah batuk lebih kurang sebulan, susu merudum gila-gila, sampai stok pun habis sehingga tinggal kais pagi mkn pagi, kais petang makan petang... huhuh.. tak boleh dikenang saat itu..

Okay, antara kepentingan membuat penyimpanan stok adalah seperti berikut:-

i) Ibu-ibu keluar bekerja waktu hari biasa
Bagi ibu-ibu yang keluar bekerja, anda perlulah membekalkan stok susu ibu sekurang-kurangnya 5 bungkus (kiraan bayi anda minum setiap 3 jam dan anda keluar bekerja selama 15jam; termasuk perjalanan + traffic jammed) 

ii) Ada waktunya ibu-ibu akan demam, kurang sihat, stress 
Pemakanan ubat, badan yang lemah akan membolehkan kurangnya pengeluaran susu ibu terutama apabila makan ubat batuk. kalau ikut pengalaman saya sekurang-kurangnya seminggu baru pengeluaran susu seperti sediakala, itupun kalau kita tak skip mengepam dan beri susu secara direct. Sekurang-kurangnya perlu ada stok ini untuk 3 hari.

ii) Ada waktunya ibu-ibu perlu bekerja luar, kursus
Apabila majikan menghantar ibu-ibu bekerja diluar kawasan atau menghantar ke kursus, bayi anda masih boleh menikmati susu anda sepenuhnya. 
Contoh:- Majikan menghantar ibu ke kursus selama 3 hari yang melibatkan bermalam di luar, jadi para ibu perlu memastikan stok susu ibu perlu ada sekurang-kurangnya 30 bungkus bagi 3 hari itu (1 bungkus bersamaan 3-4oz, kiraan sehari 10 bungkus) 

iii) Ada waktunya ibu-ibu nak dating/berjimba dengan suami atau kengkawan (suri rumah pun boleh ambil kira ni ye)
Haa yang ni pun kena ambil kira... Kalau ibu-ibu nak dating/ bjimba, pastikan bekalan yang kita berikan cukup kepada yang menjaga bayi. Contoh:- Nak tgk wayang + dinner.. Kita perlu estimate masa yang paling maksimum, contohnya 6 jam .. jadi kita bekalkan sebanyak 3-4 bungkus

iv) Ada waktunya anak kita kena 'kidnap' dengan saudara mara untuk keluar berjalan-jalan
Haaa yang ni kita perlu tanya dululah berapa lama masa yang diambil kepada saudara mara kita. Jadi kita boleh bekalkan susu yang mencukupi untuk anak-anak kita. 

Ini adalah gambaran kepada ibu-ibu mengapa perlunya membuat stok.. Memang kadang-kadang bila penyakit 'M' datang kita akan leka untuk tidak mengepam.. tetapi jangan biarkan lama-lama okay :-)

Happy Breastfeeding!

0 comments:

Post a Comment