Thursday 19 May 2011

Car Power Inverter

Kadangkala waktu mengepam kita terganggu apabila kita terperangkap di dalam kesesakan lalulintas. Apa yang anda boleh lakukan ialah menggunakan Car Power Inverter untuk sesi pengepaman.

Ianya digunakan untuk menggantikan elektrik semasa berada di dalam kereta. Car Power Inverter ini menggunakan 150W boleh digunakan untuk mesin pam susu elektrik samada single atau berganda. Selain itu, anda boleh menggunakannya untuk vacuum, mengecas laptop, kamera, ipod dan lain-lain.

Anda hanya perlu cucuk sahaja di palam pencucuh. Klik pada butang On, dan klik butang pam susu anda. Senang ajekan?

Ok, Ini antara sesi pengepaman saya di dalam kereta. Sesi pengepaman ini dibuat dengan menggunakan pam Modu :-). Kebiasaan saya menggunakan Car Power Inverter  ini apabila tidak sempat mengepam ditempat kerja pada sesi petang. Nak tunggu sampai rumah nak pam, memang tak sempat sebab nak melayan anak. Tambah-tambah terperangkap dalam traffic jammed, tau-tau ajelah rasanya. Jadi, bila dah ada Car Power Inverter ni, sesi pengepaman bukan lagi satu masalah :-)




Berminat untuk mendapatkannya? Harganya hanya RM99 sahaja.



0 comments:

Post a Comment