Wednesday 22 June 2011

Shaklee: Jatuh Cinta dengan Basic H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Basic H

 
Saya sebenarnya sangat teruja nak cerita mengenai pengalaman saya menggunakan Basic H. Ini kali pertama saya menggunakan Basic H, sebenarnya dah lama nak beli tapi asyik tertangguh. Menyesal juga beli lambat, kalau tau lebih awal, dah lama saya boleh berjimat. Tapi saya bersyukur, saya menggunakan keajaibannya untuk anak saya.

Seperti sedia maklum, minggu lepas cik puteri saya yang seorang tu dapat chicken pox, antara sakit yang saya geruni... huhuhu...

Jadi, bila saya dapat pengesahan dari doktor cik puteri saya kena chicken pox, perkara pertama yang terlintas di kepala saya ialah Basic H. Mungkin sebab saya banyak baca mengatakan Basic H boleh menghilangkan gatal-gatal kot. Tak terfikir pulak mengenai daun bambu/semambu, mungkin kerana fikir susah nak dapatkannya di KL ni.

Oleh kerana saya menjaga cik puteri, saya meminta suami saya mengambil stok di Cawangan Shaklee di Wangsa Maju. Petang tu juga saya mandi dan rendamkan cik puteri di dalam campuran Basic H dan air. Saya letakkan beberapa titis Basic H di dalam sebaldi air (Basic H ni concentrated maknanya pekat, jadi tak perlu letak banyak kerana dengan sedikitpun kesannya cukup baik). Cik puteri mestilah suka sebab dapat mandi buih dan berendam jadi inilah peluang untuk memaksimumkan kegunaan berendam tu hehehehe... Lepas mandikan cik puteri dengan Basic H, saya tak bilaspun,tunggu kering-kering skit (basic h ni cepat kering) dan sapu dengan calamine lotion serta makan ubat demam dan kurangkan gatal.

Alhamdulillah, cik puteri saya tak gatal-gatal. Hanya tengok biji-biji berair tu dengan muka pelik.. Hari ketiga, suami saya dapatkan daun semambu dari ofisnya. Saya letakkan ditempat tidur, alaskan dengan kain (orang kata boleh hilangkan gatal, ada juga kata semacam penghalang untuk chicken pox tu datang balik), dan saya mandikannya dengan daun semambu yang dicampurkan dengan bedak sejuk. Tapi saya hanya buat 11/2 hari sahaja heheh... sebab apa, sungguh malas nak kemaskan daun-daun tu semua dengan nak menjaga cik puteri lagi. Leceh! Saya tengok bila pakai daun semambu ni, bila malam cik puteri saya minta garukan. Jadi saya mulakan kembali dengan Basic H. Alhamdulillah semuanya ok dan cepat kering bintik-bintik air tu.
Sekarang ni saya tgh pakaikan cik puteri dengan vitamin e - sapukan di tempat parut-parut. Baru 2 hari dah nampak kesan. Nantikan entri untuk vitamin e ni ye..

Dah alang-alang duduk rumah, sayapun mulalah cuba keajaiban 1001 kegunaannya... antaranya:-
1) Saya ni kalau bab jerawat memang suka picit. Akibatnya bila picit satu, tumbuh lagi satu di tempat yang sebelum ni. Kes geram tengok jerawat tu  - saya letakkan setitik Basic H, nak tau apa? dah tak tumbuh yg lain dah :-)) seronok betul rasanya. 
2) Saya letakkan di pisau yang tumpul dan asahkan - memang tajam pisau tu.
3) Saya juga letakan beberapa titik Basic H di dalam air bekas spray dan saya semburkan di meja makan, kerusi makan cik puteri - hasilnya memang bersih dan semut tak datang.
4) Saya semburkan juga di semut yang bermaharajalela di rumah. Kebetulan rumah saya banyak semut minggu lepas, entah kenapa semua jenis semut ada.  Hasilnya semut pengsan - kenapa saya kata semut tu  pengsan? sebab lepas beberapa ketika semut tu dah takde kat tempat tu - jadi lepas saya sembur, tengok semut mati saya terus lapkan. Hasilnya semut dah tak datang kat tempat perjalanannya tu.
5) Saya semburkan di plastik sampah agar semut dan serangga lain tak datang.
6) Saya letakkan beberapa titik concentrated Basic H di jalan semut dan di lubang-lubang kecil sarang semut. Semut kan suka buat sarang dilubang kecil... Hasilnya semut tu tak lalui jalannya dan dah takde
7) Untuk mengelakkan semut datang lagi, saya spraykan di hampir semua dinding dapur dan biarkan kering.
Berita baik dah takde semut lagi di rumah saya dan serangga- serangga lain 
8) Saya cuci peralatan dapur seperti bekas letak gelas - memang bersih
9) Saya bilaskan cloth diapers cik puteri
10) Saya bersihkan permukaan dapur
11) Saya bersihkan sayuran


Itulah antara perkara yang saya buat semasa di rumah menjaga cik puteri minggu lepas... itupun dah buat saya tersenyum dengan kehebatan Basic H. Kalau sesetengah orang cakap Basic H ni boleh tahan setahun, bagi saya, saya boleh habiskannya dalam masa beberapa bulan. Sebab apa? Saya nak gunakan sepenuhnya terutama yang melibatkan bab-bab mencuci ni :-) cuba bayangkan dengan hanya RM46.00, anda boleh jimat gunakannya selama beberapa bulan tanpa perlu mengeluarkan duit bagi beberapa produk lain. Kan selama ni kita gunakan untuk mop lantai lain, untuk cuci dapur lain, untuk bunuh serangga lain, untuk mandian lain .. sekarang ni semuanya boleh digunakan dengan hanya satu botol. Guna pula hanya beberapa titis aje.. memang jimat.. Seronokkan?

Memang berbaloi-baloi laa.. Ada lagi 990 kegunaan lagi yang saya nak cuba, tunggulah hari minggu nanti heheh.. ada masa saya share dengan gambar sekali yek :-)

Saya Jatuh Cinta Dengan Basic H!

p/s Kali ni takde gambar sebab saya tak sempat ambil gambar. hehehe




2 comments:

Unknown said...

X perlu campur dgn air ke basic h ni kalau masalah jerawat??

Mom&Baby House said...

tak perlu. setitik aje. dap dap je kat jerawat tu :-)

Post a Comment