Thursday 9 June 2011

Terima kasih kepada Whitey Mommy

Entri kali ini khas kepada Sha atau lebih dikenali di alam maya sebagai Whitey Mommy.
Tanpa Whitey Mommy, blogshop kami tidak akan berseri .. cheeewaaah... :-)

Semasa memulakan perniagaan, kami memerlukan pereka web untuk memastikan blogshop kami ini akan nampak menarik lagi tertarik.. hehehe.. Jadi, setelah meninjau-ninjau, kami tertarik dan membuat keputusan untuk memilih Whitey Mommy sebagai designer kami.

Ia bukanlah sesuatu yang mudah, maklumlah kami ni baru setahun jagung berkecimpung di dalam blogshop ini, tapi Whitey Mommy tidak pernah lokek ilmu menerangkan sepenuhnya bagaimana fungsi-fungsi blog, sentiasa bersemangat apabila bercerita mengenai design dan kami serupa dengannya iaitu bersemangat apabila bercerita mengenai anak-anak dan breastfeeding :-)

Cuma, kadang-kala kami ni bercakap macam ayam dengan itik, maklumlah Whitey Mommy bercakap dari segi prosedur-prosedur rekaan tetapi kami hanya tahu, kenapa sesuatu benda tu tak boleh buat hehehehe.... Maafkan kami! Kami budak mak orang baru blaja... ;-D

Kami telah menempah Business Logo, Business Card dan Blog Design. Sekiranya anda memilih untuk meminta Whitey Mommy mereka Blog Design, Whitey Mommy akan memberi anda percuma badge, watermark dan signature. Menarik, kan?

Berikut adalah rekaan-rekaan beliau untuk kami :-D ... (Maaf Sha, kami ambil template ni dari Sha, untuk promosi ;-P)





Blog Template


Badge - kami memilih animated bagde..


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan khidmat Whitey Mommy, anda bolehlah terus ke LINK ini. Selain daripada rekaan yang menarik, harga yang diberikan juga adalah berpatutan. Anda hanya perlu sketch dream blog anda (warna, tema, design, font, layout) dan Whitey Mommy akan berusaha memberi yang terbaik.

Melalui LAMAN Whitey Mommy ini juga, anda boleh melihat rekaan-rekaan beliau terdahulu, maklumat keibubapaan dan tips berkaitan rekaan blog.

Kepada Whitey Mommy, jutaan terima kasih diucapkan, jutaan maaf sekiranya ada yang tidak menyenangkan, dan semoga rezeki anda sekeluarga sentiasa melimpah ruah dan sentiasa dirahmati olehNya.

Dari kami;













1 comments:

Whitey Mommy said...

kepada kak sha dan kak watie...
teriam kasih yang tidak terhingga juga...
kerana sudi order blog design dengan sha...

terharu nya dengan entry ni...
panjang...dan lengkap...:)

terima kasih untuk akk berdua...:')

Post a Comment