Sunday 5 June 2011

Susu Ibu: Travelling with children

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua,

Memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah, saya pasti ramai yang akan ke kenduri kahwin mahupun untuk pergi bercuti.

Di sini, saya ingin kongsikan sedikit checklist persediaan kepada anda semasa membawa anak-anak anda terutama bayi yang menyusu ketika travelling :-)

Checklist bagi anak-anak:
  • Bawa persalinan pakaian yang bersesuaian dan mencukupi sepanjang waktu bercuti. Contoh:- Baju siang -3 helai, Baju tidur - 1 bagi sehari perjalanan.
          Pakaian perlulah yang boleh menyerap peluh. Sekiranya bayi anda masih kecil, jangan lupa barut*. Untuk percutian 3 hari, saya hanya membawa baju untuk dua hari sahaja. Saya akan membasuh pakaian.
  • Bawa travelling toiletries yang diperlukan sahaja. Contoh: Produk Baby's Johnson @ Pureen ada menjual travelling toiletries termasuk sabun, syampu, losyen botol kecil. Bawa juga tuala kecil, sapu tangan, wet wipes, minyak telon @ yuyi @ yang seangkatan dengannya. Semuanya yang dipaketkan comel-comel ye.
  • Bawa bersama bantal kecil @ travelling pillow, kain lapik (boleh digunakan untuk selimut, diapers change, lapik semasa tidur)

  • Jangan lupa membawa cloth diapers(CD)/ pampers yang mencukupi (Contoh: Bercuti selama 3 hari, 1 hari bayi akan memakai 6 keping (kiraan CD/pampers ditukar setiap 3-4 jam sehari). Bermakna sekurang-kurangnya anda perlu menyediakan 18 keping pampers manakala anda apabila anda menggunakan CD bawalah 8-10 keping CD.
  • Sekiranya ke kolam @ ke pantai, sediakan pakaian renang yang bersesuaian. Semasa bercuti di Perhentian tahun lepas, saya tak berkesempatan untuk beli swimming suit untuk Damia, jadi saya pakaikan dengan CD semasa berendam heheh
  • Sekiranya anda menaiki kereta, letakkan bayi anda di dalam bakul bayi @ car seat semasa tidur, supaya bayi anda selesa dan anda juga boleh berehat. Pastikan bayi anda selesa, janganlah penuh sangat dengan toy ye heheh

  • Sekiranya bayi anda melebihi 6 bulan, jangan lupa untuk membawa bekalan makanan, minuman yang mencukupi dan peralatan makanan seperti sudu, mangkuk, botol minuman. Anda boleh membawa bersama Home & Car warmer* untuk memudahkan pemanasan makanan dan susu. Sekiranya anda tidak menaiki kereta, jangan susah-susah, bawakan makanan yang kering seperti biskut bayi, buah-buahan seperti pisang atau anda boleh meminta kedai memasakkan bubur yang tidak diletakkan garam. Anda juga boleh membekukan makanan bayi anda seperti puree dan letakkannya di dalam Cooler Bag*, tinggal panaskan sahaja :-)
  • Jangan lupa bawa ubat asas seperti ubat demam. Sekiranya melibatkan perjalanan luar negeri, pastikan pergi ke klinik untuk nasihat doktor sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum perjalanan.
  • Lain-lain - bawa topi, baju sejuk/ jaket/ cardigan, hairband (untuk anak perempuan anda melawa heheh), satu toy (untuk anak anda bermain, jangan bawa banyak2), kasut, stokin
  • Anda boleh juga membawa sabun pakaian yang diletakkan di dalam bekas kecil untuk membasuh pakaian dan CD.

Saya dan Damia semasa bercuti di Pulau Perhentian tahun lepas 

Checklist bagi ibu bapa:
  • Bawa baju yang bersesuaian. Ini saya pasti ramai yang dah terer heheh. Bagi memudahkan ibu menyusu, bawa bersama baju nursing atau sekiranya tiada, bawa saja nursing poncho*.
  • Selipar, kasut bersesuaian
  • Toiletries, sunglasses, tuala (pastikan anda semak di tempat penginapan samada ada disediakan atau tidak)
  • Jangan lupa bawa sling*/ baby pouch/ stroller bersama anda. Kebiasaan saya akan bawa ring sling saya ke mana-mana semasa travelling. Terpulang pada masing-masing dan mengikut keadaan semasa hehehe.. Setakat ni, saya tak pernah membawa stroller semasa bercuti, samada saya akan pinjam saja dengan kawan/ saudara yang ada ditempat bercuti @ saya letakkan aje Damia di dalam ring sling. Sekarang Damia dah pandai berjalan, lagi mudah hehehe

    Saya dan Damia ketika dalam bot, perjalanan ke Perhentian. Saya letakkan Damia di dalam ring sling kemudian baru pakai jaket. Keselamatan tu kan penting ;-)
  • Bawa bersama set pam anda. Walaupun bayi anda bersama anda sepanjang masa, ada masanya susu anda masih penuh. Jangan disimpan susu itu, perahkannya dan masukkan di dalam peti ais.
Anda juga bole mengepam susu untuk diminum semasa peninggalan bayi anda dengan orang lain. Saya meninggalkan Damia bersama pengusaha chalet semasa bercuti di Perhentian dengan membekalkan susu semasa saya island hopping dan snorkelling hehehe..

Sekiranya tiada peti ais beku di bilik penginapan, anda boleh menumpang di peti ais dapur hotel/chalet dengan meletakkan di dalam plastik. Letakkan nama anda, tarikh, no telefon, no bilik. Tulis besar-besar, SUSU IBU jangan dibuang. Apabila hendak balik, letakkan  susu di dalam cooler bag* beserta ice gel/ ice pack*. Semasa meminta pertolongan mereka, terangkan kepada mereka, ini adalah susu ibu, jangan dibuang, nyatakan sekali sehingga tarikh bila anda akan berada di tempat penginapan. Kalau boleh ambil nama dan no telefon pegawai/ orang yang kita minta simpankan.
  • Bagi perjalanan menaiki kenderaan awam dan mempunyai nombor tempat duduk(seperti bas dan kapal terbang) nyatakan anda membawa baby. Sekiranya anda menaiki bas, anda boleh membeli double seat dengan membayar tiket kanak- kanak.    Bolehlah anak anda tidur dengan selesa :-)         Sekiranya anda menaiki kapal terbang pula, anda boleh meminta seat with bassinet semasa check-in atau  menempah tempat duduk semasa pembelian tiket kapal terbang. Suami anda perlu memainkan peranan semasa situasi ini ye. Saya akan terangkan dengan lebih terperinci pengalaman saya di entri akan datang.

Wah panjangnya saya menulis... baru perasan...
Oklah, ada keperluan yang anda ingin tambah? Kongsi-kongsilah dengan kami di sini :-)
Kepada anda yang ingin bercuti 'Selamat Bercuti' diucapkan. Kepada anda yang perlu bekerja seperti saya huhu.. 'Marilah kita bekerja' heheheh..

Jumpa lagi!


Mama's Note:-

Anda boleh membeli barang-barang yang bertanda * dengan kami seperti berikut:-
*Barut Warisan Mama - harga RM 16.90 (Saiz 1), RM17.90 (Saiz 2). Didatangkan dengan pelbagai corak dan 2 helai.
*Nursing poncho - Autumnz RM43.90, Fabulous Mom RM59.90
*Baby Sling - Moms Precious RM150.00
*Home &Car Warmer - Snow Bear RM99.00
*Cooler Bag - Stylo Mama Era RM75.90 (Pink), Stylo Mama Era RM69.90 (Black),  Bag For Moms RM39.90 (Purple, Yellow, Pink, Red, Green)
*Iced Gel - Stylo Mama RM30.00 (3pcs), Autumnz RM23.00 (3pcs)

0 comments:

Post a Comment