Thursday 20 September 2012

Jom beri sokongan pada petition ini


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Mommies semua ada pengalaman tak apabila anda sedang syok2 shopping atau berjalan, tetiba.. tiba masanya untuk baby anda menyusu atau menukar diaper?

Mula-mula baby anda menangis ala2 manja, mommies pun rileks lagi dan pergi carik Baby Room untuk tukar diapers/ menyusu... Tengah sibuk mencarik Baby Room dekat mall tetiba tangisan baby semakin lama, semakin kuat... Sebesar-besar mall tu, Baby Room tu pulak ada satu je, kena turun naik escalator (owh yea skrg ni kebanyakan malls dah blocked escalator biasa untuk bawa stroller) jadi perlu naik lif, yang selalunya lambat dan penuh dengan parents lain... ataupun berjalan ke blok sebelah lain dalam 100 meter... Orang2 sekeliling pulak dah pandang2, jeling2 kat kita.... Tapi kita buat2 biasa tapi dalam hati panik mencarik Baby Room....Bila sampai Baby Room tetiba, fully-occupied pulak... Huhuhuh

Ataupun kepada 1st timer mommies, masih segan2 untuk NIP (Nursing in Public) ataupun lebih teruk lagi kita dah get ready dengan nursing poncho/ nursing wear takde pulak bench untuk duduk menyusu... huhuhu
(Saya biasa menyusu berdiri yea, sebab kalau ada tempat dudukpun, orang lain buat2 tak paham je... So saya menyusu dan berdiri depan2 dengan orang yang duduk tu, dia rasa tak selesa dan dia berlalu pergi, hahahah... aci tak? ;))

Sekiranya anda/ isteri/ kakak/adik/ibu anda pernah mengalami situasi di atas, apa kata anda turunkan tandatangan anda di sini.

Michelle Koh, seorang ibu memerlukan sokongan dari para ibu, bapa atau sesiapa sahaja untuk mendapatkan sokongan bagi semua kompleks membeli-belah menyediakan lebih banyak Baby Rooms untuk ibu menyusukan anak dan menukar lampin. Petition ini juga adalah untuk orang awam memberi kebebasan kepada para ibu menyusukan anak mereka di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Saya sudah memberi sokongan, anda bila lagi?

Jom ramai-ramai kita menyokong petition ini!!!
 

0 comments:

Post a Comment