Monday 25 July 2011

Modu Breastpump

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ni saya akan bercerita mengenai Modu breastpump. Saya akan terangkan secara lebih terperinci mengenai Modu ini dengan menggunakan bahasa yang senang dan apa yang anda perlu tahu mengenainya :)

Modu breastpump ini dicipta oleh seorang kaunselor penyusuan yang tidak asing lagi iaitu Puan Farah Farhan (ikuti pengalaman beliau di dalam natural parenting dan breastfeeding di sini) yang mana ia menggunakan teknologi dari Korea dengan mengadaptasikan kehendak ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka.

Fungsi Modu:-
1) Digunakan untuk mengepam susu ibu.

2) Selain itu, ianya boleh juga digunakan untuk nasal suction iaitu penghisap hingus sekiranya bayi anda mengalami hidung tersumbat akibat selsema. Jangan bimbang! Nasal suction ini menggunakan aksesori berasingan dari mengepam susu.

Kelebihan Modu:-1) Boleh digunakan secara single ataupun double-pump. Sekiranya anda menggunakan single pump, anda hanya perlu tutup salah satu lubang dengan menggunakan penutup yang disediakan. Manakala, sekiranya anda menggunakan double pump, terus sambungkan tiub ke kedua-dua lubang :)

2) Ia menggunakan 3 butang iaitu 'On/Off',  '-' dan '+' yang mana apabila anda menekan button, anda boleh melihat nombor tertera di skrin elektronik.

3) Tahap suction adalah dari 0-6. 0 digunakan untuk nasal suction dan pembersihan backflow, 1-2 adalah untuk stimulation dan 4-6 adalah tahap suction. Untuk permulaan mengepam, anda gunakan butang 1-2 bagi proses stimulation dan urutan, apabila let down reflex terjadi, tukarkan ke button 3-6 mengikut kesesuaian dan keselesaan anda. Untuk memberhentikan Modu pula, anda hanya perlu menekan butang on/off.

3) Boleh dibuat pembersihan sekiranya terjadi backflow. Backflow di sini bermaksud susu yang dipam termasuk di dalam tiub dan seterusnya ke dalam mesin. Sekiranya terjadi backflow pada pam Modu ini, ianya tidak akan masuk secara terus ke enjin sebaliknya susu tersebut akan masuk ke satu ruang khas. Ianya boleh dibersihkan dan perlu dibersihkan serta merta. Apabila ada ruang berasingan untuk backflow, seharusnya enjin akan berkeadaan baik dan tahan lebih lama :)

5) Semua aksesori di datangkan dua. Bermakna, anda tidak perlu membeli asing untuk double pump. Jadi anda tidak perlu pening kepala untuk menambah lagi duit. :)

6) Ringan dan handy- hanya 700gm. Bermakna senang untuk dibawa travel :)

7) Menggunakan elektrik dengan jangka hayat 2000 jam

8) Berwarna pink :)

9) Tekanan 500 - 1060 hPa

10) Warranty 1 tahun

Setiap pam mempunyai kelebihan dan kekurangan. Ini adalah pandangan saya sebagai seorang pengguna Modu yea... Berikut adalah 2 kekurangan yang ada pada Modu:-

1) Sedikit berbunyi. Tetapi sekiranya anda mengepam di ruang berasingan seperti surau, bilik menyusu, bilik sendiri ianya tidak akan menjadi masalah.

2) Hanya menggunakan elektrik. (Tapi bagi saya, takde masalah)


Yang lain-lain saya rasa semua okay. Tepuk dada tanya selera :)

Bagi anda yang sudah menggunakan Modu, apa kata kongsi pengalaman anda pula :)

Wahhh.. hari ni banyak saya menggunakan icon ' :) ' hihihi...

Happy Breastfeeding to all!

-Mama Sham-

0 comments:

Post a Comment